Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Jalan untuk Menggenapkan Tujuan Tuhan (1)
Adakah Hati Manusia Diduduki dan Dipenuhi Tuhan ataupun Kebendaan?
Jalan untuk Menggenapkan Tujuan Tuhan (2)
Jalan untuk Menggenapkan Tujuan Tuhan (1)
2017-08-28 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kejadian Bab Satu—Tujuan Tuhan

Buku Kejadian bab satu penuh dengan catatan tentang penciptaan Tuhan. Pada hari keenam, Tuhan mencipta manusia dan menyatakan tujuan-Nya. Kejadian 1:26 berkata, “Bersabdalah Tuhan, Hendaklah Kita menjadikan manusia menurut imej Kita, mengikut rupa Kita, dan hendaklah mereka berdominion atas ikan di laut dan atas burung di langit dan atas ternakan dan atas seluruh bumi dan atas setiap benda merayap yang merayap-rayap di bumi.” Tuhan mencipta manusia menurut imej-Nya dengan tujuan supaya manusia menjadi ekspresi-Nya di alam semesta dan di bumi ini. Tuhan adalah tersembunyi dan tidak tampak, namun Tuhan mempunyai hasrat untuk mengekspresikan diri-Nya menerusi manusia.

Walau bagaimanapun, tujuan Tuhan ini dihalang oleh musuh-Nya. Tuhan mempunyai satu musuh di alam semesta dan di bumi ini, bahkan bumi ini telah dirampas daripada tangan Tuhan, dirompak daripada Tuhan. Oleh itu, Tuhan perlu mencipta manusia untuk menanggulangi musuh-Nya. Untuk tujuan inilah Tuhan mengamanahkan manusia dengan kuasa-Nya, agar manusia bukan sahaja menjadi ekspresi-Nya tetapi juga menjadi wakil-Nya, yakni mewakili Tuhan di bumi ini sebagai kuasa untuk menanggulangi musuh-Nya.

Berikutannya dalam enam puluh enam buku dalam Bible sentiasa ada dua aspek ini. Dari segi positif, hasrat Tuhan adalah untuk mengekspresikan diri-Nya menerusi satu manusia korporat, manakala dari segi negatif, Dia ingin menanggulangi musuh-Nya, Syaitan, menerusi manusia korporat tersebut.

Kejadian Bab Dua—Jalan untuk Menggenapkan Tujuan Tuhan

Dalam Kejadian bab satu kita ada tujuan dan hasrat Tuhan, namun itu bukan jalan untuk menggenapkan tujuan Tuhan dan jalan untuk mencapai hasrat Tuhan. Jalan tersebut tidak didapati dalam Kejadian 1 tetapi dalam Kejadian 2. Apakah jalannya? Jalannya ialah pohon hayat (Kej. 2:9).

Buku Kejadian memberitahu kita bahawa selepas Tuhan mencipta manusia, Dia meletakkan manusia di hadapan pohon hayat. Tuhan tidak memberi manusia satu senarai perintah. Itu merupakan kerja Musa selepas kejatuhan, bukan kerja Tuhan menurut hasrat abadi-Nya. Hukum berada dalam Keluaran 20, bukan dalam Kejadian 2. Dalam Kejadian 2 terdapat gambaran pertama Tuhan berhubung dengan manusia ciptaan-Nya. Inilah prinsip asas yang didirikan apabila perkara ini disebut buat kali pertama dalam Bible. Urusan pertama Tuhan dengan manusia ialah Tuhan meletakkan Adam di hadapan pohon hayat dan mengamanatkannya supaya berhati-hati dengan pemakanannya (ay. 16-17). Hasrat Tuhan bagi manusia bukan untuk melakukan sesuatu tetapi untuk makan. Jika manusia makan dengan baik dan makan secara betul, maka manusia akan menjadi betul.

Pohon hayat ini ialah Tuhan dalam Kristus sebagai Roh itu menjadi hayat kepada kita. Pohon hayat ialah Tuhan Tritunggal, Bapa dalam Anak, dan Anak menjadi Roh itu. Sebelum kita menerima Tuan, kita mungkin tidak terfikir apa-apa tentang Tuhan. Akan tetapi, apabila kita diselamatkan atau dipugarkan, barangkali kita menetapkan minda dengan serta-merta untuk melayani Tuan, melakukan perbuatan yang baik untuk diperkenan Tuan, dan “pergi ke gereja” untuk menyembah-Nya. Fikiran-fikiran yang menurut konsep alamiah kita ini adalah salah. Hasrat Tuhan bukan kita melayani-Nya, berbuat baik untuk diperkenan-Nya, atau kita menyembah-Nya secara agamawi dan penuh dengan upacara. Sebaliknya hasrat Tuhan adalah untuk kita makan Dia. Kita perlu makan Dia. Gambaran pertama Tuhan berhubung dengan manusia bukan berkenaan melakukan sesuatu tetapi berkenaan makan.

Adakah Hati Manusia Diduduki dan Dipenuhi Tuhan ataupun Kebendaan?
Jalan untuk Menggenapkan Tujuan Tuhan (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)