Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Hukum Roh Hayat
Kelahiruan—Mukjizat Terbesar
Hayat dalam Roma 8
Hukum Roh Hayat
2020-09-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Hukum Roh hayat bukan hukum dalam huruf, seperti Sepuluh Perintah, yang mengawal kita berkenaan baik dan jahat. Hukum Roh hayat adalah seperti hukum semula jadi dalam fizik. Sekiranya kamu membaling sesuatu ke udara, ia akan jatuh ke tanah. Inilah hukum graviti. Hukum graviti bukan perintah dalam huruf tetapi kuasa semula jadi, hukum semula jadi, yang beroperasi menurut prinsip tertentu. Roma 8:2-3 mempunyai dua jenis hukum. Hukum yang pertama dalam ayat 2 ialah hukum semula jadi. Hukum yang kedua dalam ayat 3 ialah hukum bertulis, hukum Musa. Disebabkan kelemahan tubuh daging kita, hukum bertulis tidak mungkin dapat melakukan apa-apa untuk kita, tetapi hukum Roh hayat sebagai hukum semula jadi ialah hayat divin.

Hayat tumbuh-tumbuhan, hayat binatang, dan hayat manusia semuanya mempunyai hukum tersendiri. Hayat bukan sahaja mempunyai hukum; hayat ialah hukum. Semasa pokok itu kecil, sukar untuk mengenal pasti jenis pokok itu. Sebaik sahaja pokok itu bertumbuh, jenis pokok itu menjadi ternyata. Pokok badam akan menghasilkan buah badam, dan pokok pic akan menghasil- kan buah pic. Pertumbuhan, bentuk, dan buah bagi dua pokok ini masing-masing dikawal oleh hukumnya. Hayat badam atau hayat pic merupakan hukum.

Roh itu sebagai konsumasi bagi Tuhan Tritunggal yang terproses ialah satu hukum. Dia ialah hayat, jadi Dia juga hukum.…Hukum Roh hayat telah membebaskan kita daripada hukum dosa dan maut. Ini bukan hukum Musa tetapi hukum semula jadi yang paling kuat. Inilah hukum yang paling kuat, kerana hukum ini bukan sahaja Tuhan tetapi Tuhan Tritunggal yang terproses.

(Pengalaman dan Pertumbuhan dalam Hayat, Mesej Sembilan)

Kelahiruan—Mukjizat Terbesar
Hayat dalam Roma 8
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)