Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Hidup Kerana Kristus (2)
Hidup Kerana Kristus (1)
Berhidupkan Kristus ialah Kehidupan Pembauran
Hidup Kerana Kristus (2)
2020-09-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Untuk menghuraikan satu kehidupan dengan dua hayat, Paulus menggunakan ilustrasi pencantuman (Roma 11:24; 6:5). Ranting yang liar telah dipotong dari pohon yang liar, dan ranting yang liar ini dicantumkan ke dalam pohon yang ditanam, pohon yang baik. Ranting yang liar dipotong dari pohon asal, manakala pohon yang ditanam juga dipotong untuk mempunyai satu bukaan. Dua bukaan ini diletakkan bersama dan pencantuman berlaku. Sekarang dua ini menjadi satu, namun ranting masih ranting, dan pohon masih pohon. Walaupun dua, namun kedua-duanya hidup bersama. Ranting itu dan pohon itu hidup, tetapi dua ini hidup bersama sebagai satu. Kehidupan ranting dan pohon menjadi satu kehidupan pembauran. Kehidupan kedua-duanya ialah satu pembauran. Mengatakan bahawa ranting yang dicantum itu hidup melalui pohon yang ditanam itu tidak begitu tepat. Ranting yang dicantumkan itu hidup dalam pohon yang ditanam dan hidup bersama dengan pohon yang ditanam. Dengan demikian, pohon yang ditanam itu hidup, dan ranting yang dicantum itu juga hidup dalam kehidupan pohon yang ditanam itu. 

Sesetengah orang silap mengatakan bahawa kita sebagai orang Kristian berhidupkan hayat yang bertukar ganti. Menurut konsep ini, kita menukarkan hayat kita yang kasihan dengan hayat yang baik daripada Kristus. Walau bagaimanapun, hal ini sama sekali salah. Sekiranya hayat Kristian kita ialah hayat bertukar ganti, maka hayat kita yang kasihan tamat selepas ditukar ganti dengan hayat Kristus. Walaupun Bible mengatakan bahawa kita telah disalibkan, ia juga mengatakan bahawa kita masih hidup (Gal. 2:20). Apabila Bible mengatakan bahawa kita telah disalibkan, ini bermaksud bahawa kita telah dipotong daripada Adam, pohon yang liar itu. Menerusi penyaliban, kita telah dipotong daripada Adam, dan dalam kebangkitan kita telah dicantumkan ke dalam Kristus. Kita telah disalibkan, dipotong daripada Adam, dan kita telah diletakkan ke dalam Kristus yang bangkit. Oleh itu, kita bukan tamat; kita masih hidup. Walau bagaimanapun, kita bukan hidup dalam diri kita, kita hidup dalam Kristus, bersama dengan Kristus, dan kerana Kristus, dengan mengambil Kristus sebagai faktor kehidupan kita. Semasa Dia hidup, kita hidup dalam-Nya. Kehidupan kita terdapat dalam kehidupanNya. Dengan itu, kehidupan kita dan kehidupan-Nya berbaur bersama menjadi satu kehidupan. 

(Pengalaman & Pertumbuhan dalam Hayat, Mesej 3)

Hidup Kerana Kristus (1)
Berhidupkan Kristus ialah Kehidupan Pembauran
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)