Kita bukan hidup melalui Kristus, dengan mengambil Kristus sebagai alat kita, sebaliknya, kita hidup kerana Kristus, dengan mengambil Kristus sebagai faktor kehidupan kita. Makanan yang kita makan bukan alat, tetapi faktor bekalan. Kita hidup bukan melalui makanan tetapi kerana makanan. Makanan membekali kita supaya kita dapat hidup kerana perbekalannya. Semasa menggunakan tongkat sebagai alat untuk berjalan, kita tidak perlu makan tongkat itu. Akan tetapi untuk hidup kerana makanan, kita mesti makan makanan itu. Tanpa makan, makanan tidak dapat menjadi faktor kehidupan kita. Kita berhidupkan Kristus dalam kebangkitan-Nya, dan kita berhidupkan Kristus dengan memakan-Nya. Makan membawa satu faktor ke dalam diri kita. Apabila kita makan sarapan yang baik pada waktu pagi, pengkhasiatan yang kita terima memberi tenaga kepada kita. Elemen Kristus yang memberi tenaga itu merupakan suatu bekalan, suatu faktor, bagi kita berhidupkan Kristus.
(Pengalaman & Pertumbuhan dalam Hayat, Mesej 3)