Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Hayat dalam Roma 8
Hukum Roh Hayat
Penerapan Penyelamatan Tuhan
Hayat dalam Roma 8
2020-10-02 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Roh Kita ialah Hayat

Ayat penting yang seterusnya dalam Roma 8 ialah ayat 10, yang berkata, “Sebaliknya, jika Kristus berada dalam kamu, meskipun tubuh adalah mati akibat dosa, tetapi roh ialah hayat kerana keadilbenaran." Dalam ayat ini, Kristus disebut dan bukannya Roh itu kerana Roh terkonsumasi sebenarnya ialah Kristus sendiri. Apabila Kristus yang merupakan Roh beri-hayat ini berada dalam kita, roh kita ialah hayat.

Minda Kita Ada pada Roh ialah Hayat

Pada peringkat permulaan penyelamatan, bahagian diri kita yang paling dalam, yakni roh kita, dijadikan hayat. Bahagian lain diri kita masih bukan hayat. Roma 8:6, satu lagi ayat yang penting, berkata, “Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah maut, tetapi minda diletakkan pada roh ialah hayat dan damai sejahtera.” Daripada roh kita, Roh itu yang merupakan hayat menyebar ke dalam minda kita apabila minda kita diletakkan pada roh. Keadaan kita sehari-hari seharusnya minda kita ada pada roh. Kita harus menjadi orang sedemikian yang selalu mempunyai minda kita pada roh, bukan pada apa-apa yang lain. Untuk hidup, kita harus mempunyai minda kita pada sesuatu. Minda kita yang ada pada roh ialah hayat. Inilah transformasi.

Hayat kepada Tubuh Kita yang akan Mati

Ayat penting yang keempat ialah Roma 8:11, yang berkata, "Dan jika Roh kepada Dia yang membangkitkan Yesus daripada yang mati huni dalam kamu, maka Dia yang membangkitkan Kristus daripada yang mati juga akan memberi hayat kepada tubuhmu yang akan mati menerusi Roh-Nya yang menghuni kamu secara dalaman.” Dalam ayat yang panjang ini, Ketiga-tiga daripada Triniti divin-Bapa terjasad dalam Anak dalam inkarnasi, Anak yang tersalib, dan Roh itu dalam kebangkitan-diterapkan. Apabila Triniti divin menghuni kita secara dalaman, Dia ini memberi hayat kepada tubuh kita yang akan mati. Akhirnya, ini akan berkonsumasi dalam transfigurasi, penebusan, dan pemuliaan bagi tubuh kita (ay. 23, 30; Flp. 3:21). Roma 8 menyingkapkan penyelamatan Tuhan dalam tiga langkah. Langkah pertama menghidupkan roh kita (ay. 10). Langkah kedua menghidupkan minda kita (ay. 6), yakni bahagian utama bagi sukma kita. Langkah yang terakhir menghidupkan tubuh kita yang akan mati (ay. 11). Ini menjadikan seluruh diri kita- roh, sukma, dan tubuh-hayat.

(Pengalaman dan Pertumbuhan dalam Hayat, Mesej Sembilan)

Hukum Roh Hayat
Penerapan Penyelamatan Tuhan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)