Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Hanya Hayat Abadi Tuhan yang Merupakan Hayat
Air Mata
Manusia ialah Wadah yang Makan di Hadapan Pohon Hayat
Hanya Hayat Abadi Tuhan yang Merupakan Hayat
2020-09-19 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Apakah itu hayat? Atau siapakah itu hayat? Menurut ayat-ayat Bible, dalam seluruh alam semesta hanya terdapat satu hayat. Semua hayat yang lain boleh dianggap sebagai “bukan hayat" kerana semua itu hayat yang sementara. Terdapat pelbagai jenis hayat, seperti hayat nyamuk, anai-anai, semut, serigala, anjing, dan harimau. Terdapat juga kategori hayat yang lain, seperti hayat sayur-sayuran dan hayat binatang. Hayat tertinggi daripada semua hayat yang dicipta ialah hayat manusia. Namun begitu, semua hayat ini, termasuk hayat manusia, adalah sementara.

Hanya satu hayat yang wujud tanpa permulaan dan tanpa pengakhiran. Hanya satu hayat yang merupakan sumber hayat, substan hayat, elemen hayat, dan faktor hayat. Hayat ini dipanggil sebagai hayat abadi. Hayat ini adalah abadi, bukan sahaja dari segi masa, tetapi juga dari segi sumber, dari segi substan, dari segi elemen, dan dari segi faktor. Abadi bermaksud tidak terhad dan tidak terbatas. Hayat abadi ini tidak terikat, dihadkan, atau dibatasi dalam masa, dalam sumber, dalam substan, dalam elemen, atau dalam faktor. Dalam setiap aspek dan dalam setiap segi, hayat ini tidak terhad dan tidak terbatas. Hayat ini adalah abadi dalam setiap cara. Bible memberitahu kita bahawa apabila kita percaya ke dalam Tuan Yesus, kita menerima hayat abadi sedemikian (Yoh. 3:16).

Banyak orang Kristian tidak memahami istilah hayat abadi. Pernahkah kamu dengar bahawa hayat abadi ini adalah abadi bukan sahaja dari segi masa tetapi juga dari segi kualiti, substan,elemen, faktor, malah dari segi sumbernya? Pada semua hayat yang lain, yakni hayat yang dicipta, wujudnya batasan tertentu. Sebagai contoh, kita mempunyai kekuatan, tetapi kekuatan kita adalah terhad. Kita mempunyai keperkasaan, kuasa, dan keupayaan, tetapi kita dihadkan dalam setiap perkara ini. Kita sangat terhad dalam keperkasaan, kuasa, dan kekuatan kita. Kita sebagai manusia mempunyai kekuatan, kuasa, dan keupayaan yang lebih banyak daripada hayat ciptaan yang lain, namun kekuatan, kuasa, dan keupayaan kita semuanya mempunyai batasan dan had tertentu. Kita mungkin dapat bersabar-tahan, tetapi tidak kira berapa lama kita dapat bersabar-tahan, kesabartahanan kita adalah terhad. Walau bagaimanapun, kesabartahanan Tuhan adalah tidak terhad. Hanya satu hayat, hayat abadi, yang tidak terhad dalam setiap cara. Hayat abadi ini bukan sahaja daripada Tuhan tetapi merupakan Tuhan sendiri.

(Pengalaman & Pertumbuhan dalam Hayat, Mesej 1)

Air Mata
Manusia ialah Wadah yang Makan di Hadapan Pohon Hayat
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)