Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Gereja GEREJA—Misteri Tersembunyi dalam Ekonomi Abadi Tuhan
Bagaimana Tubuh Kristus Dibina?
“Siapakah yang aku ada di syurga melainkan Engkau? Dan selain Engkau, tidak ada apa-apa yang aku ingini di bumi.”
GEREJA—Misteri Tersembunyi dalam Ekonomi Abadi Tuhan
2017-08-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Perkara yang akan kita pertimbangkan hari ini berkenaan gereja ialah misteri tersembunyi dalam ekonomi abadi Tuhan. Dalam alam semesta ini terdapat misteri tersembunyi, suatu misteri yang tersembunyi dalam Tuhan. Misteri tersembunyi ini berada dalam ekonomi abadi Tuhan. Di sini, kita mempunyai dua perkataan yang amat penting—misteri dan ekonomi—masing-masing diterangkan oleh kata adjektif “tersembunyi” dan “abadi”. Oleh itu, dalam Wasiat Baru kita mempunyai misteri tersembunyi dan ekonomi abadi.

Semasa mewahikan hal-hal divin, Paulus, di bawah ilham Roh itu, menggunakan perkataan “ekonomi” dalam penulisannya. Perkataan bahasa Inggeris bagi ekonomi ialah perkataan Yunani, oikonomia, yang diinggeriskan. Sesetengah kamus mendefinisikan oikonomia sebagai dispensasi, suatu pengaturan istimewa, suatu rancangan yang bertujuan. Definisi-definisi ini adalah betul. Akan tetapi, jika kita hanya mengetahui sebanyak itu berkenaan oikonomia, maka kita tidak akan mengenali makna yang mendalam dan lengkap bagi perkataan Yunani ini.

Jika kita hendak memahami makna oikonomia, kita perlu menyedari bahawa perkataan Yunani ini terdiri daripada dua perkataan—oikos, bermakna rumah atau rumah tangga, dan nomos, bermakna hukum. Oleh itu, ekonomi ialah “hukum rumah”, suatu pentadbiran rumah tangga. Keluarga Tuhan ialah rumah-Nya, tempat huni-Nya. Ini bermaksud bahawa tempat huni Tuhan ialah famili-Nya, keluarga-Nya. Keluarga ini mempunyai satu ekonomi, satu hukum rumah tangga. Di sini, “hukum” bermakna peraturan, dan peraturan-peraturan ini merujuk kepada pentadbiran rumah tangga. Untuk mempunyai pentadbiran rumah tangga, suatu pentadbiran dalam rumah atau famili kamu, sudah pasti suatu pengaturan yang khusus diperlukan. Pengaturan sedemikian ialah hukum rumah.

Semasa menggunakan perkataan oikonomia, suatu perkataan yang menunjukkan pentadbiran rumah tangga, Paulus mengimplikasikan bahawa Tuhan, yang membuat oikonomia ini, berhasrat untuk mendapatkan satu rumah, satu keluarga, satu famili. Dalam keabadian lampau, Tuhan keseorangan. Dia adalah tritunggal—Bapa, Anak, Roh—namun Dia, Tuhan yang esa, keseorangan. Akan tetapi, oikonomia Tuhan, pengaturan rumah tangga-Nya, mengimplikasikan bahawa dalam keabadian lampau, Dia berhasrat untuk mendapatkan satu keluarga, kerana tanpa keluarga, Dia tidak dapat mempunyai pentadbiran. Selain itu, tanpa keluarga, Tuhan tidak dapat melaksanakan rancangan. Untuk Tuhan melaksanakan rancangan-Nya dalam pentadbiran rumah tangga-Nya, Dia memerlukan satu keluarga, satu famili. Inilah sebabnya Efesus 1:5 mewahikan bahawa sebelum pengasasan dunia, Tuhan Bapa mempratakdirkan kita supaya beroleh keanakan. Prapentakdiran ini berhasrat untuk memperoleh para anak. Oleh itu, hasrat asal Tuhan ialah memperoleh para anak. Buku Roma memberitahu kita bahawa dalam penebusan Kristus, Tuhan telah menjadikan banyak pendosa sebagai para anak Tuhan. Para anak ini ialah banyak dikbang Kristus, Anak tunggal Tuhan yang unik. Daripada ini, kita dapat melihat bahawa Tuhan berhasrat untuk memperoleh banyak anak untuk membentuk keluarga-Nya yang menerusinya, Dia dapat melaksanakan oikonomia abadi-Nya.

Dalam oikonomia ini, yakni yang abadi dan daripada Tuhan, tersembunyinya satu misteri. Apakah misteri itu? Kita boleh mengatakan bahawa misteri ialah suatu kisah yang penuh misteri. Suatu misteri, kisah yang penuh misteri, tersembunyi dalam Tuhan abadi dan dalam oikonomia-Nya yang abadi. Misteri ini, kisah yang penuh misteri ini, ialah gereja.

Hari ini perkataan “gereja” amat lumrah. Akan tetapi, ketika Paulus berbicara tentang wahi gereja, dia menggunakan beberapa ungkapan yang penuh misteri. Dia memanggil gereja suatu misteri, bahkan misteri yang tersembunyi. Misteri ini tersembunyi dalam pengaturan rumah tangga Tuhan. Dalam keabadian lampau, Tuhan Bapa mempunyai satu pengaturan rumah tangga, dan dalam pengaturan tersebut tersembunyinya suatu misteri.

Kidung 597 (Rangkap kelima)

Kidung #597

G’reja — mist’ri dalam Tuhan,
Sejak azal dirancang,
Demi nyatakan hikmat-Nya,
Tempat Kristus semayam;
Bagi kaum kudus mengerti
Kristus yang tak terbatas,
Kenal kasih-Nya nan ajaib,
Jadi kepenuhan-Nya.

Bagaimana Tubuh Kristus Dibina?
“Siapakah yang aku ada di syurga melainkan Engkau? Dan selain Engkau, tidak ada apa-apa yang aku ingini di bumi.”
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)