Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Dua Roh Menjadi Satu Roh
Tuhan Tritunggal Dalam Triniti Divin-Nya Didispenkan ke dalam Manusia Tripartit
Kelahiruan—Mukjizat Terbesar
Dua Roh Menjadi Satu Roh
2020-09-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Sejurus selepas kita membaptis seseorang, kita harus memberinya mesej yang baik tentang dua roh. Kita harus memberitahunya bahawa ketika kita dilahirukan dalam roh kita, roh kita dijadikan hayat (Roma 8:10). Roh yang melahiru yang merupakan hayat masuk ke dalam roh kita, menjadi satu dengan roh kita yang dilahirukan dan menjadikan roh kita hayat. Dua roh ini telah menjadi satu roh (1 Kor. 6:17). Hal ini tidak terlalu dalam untuk orang itu. Persekutuan sedemikian merupakan ABC kehidupan orang Kristian. Disebabkan kekurangan dalam Kristianiti hari ini, kita mungkin berfikir bahawa hal-hal ini terlalu dalam dan misterius. Konsep ini silap. Kita hanya perlu belajar bagaimana membicarakan hal-hal ini. Kita harus belajar menghargai keupayaan orang baru. Roh mereka telah kita sentuh ketika kita memberitakan injil kepada mereka; jika tidak, mereka tidak akan membenarkan kita membaptis mereka di dalam takung mandi mereka. Bukan perkara kecil bagi seseorang masuk ke dalam takung mandinya untuk dibaptis. Kita harus melatih iktikad kita dengan kepastian yang penuh.

Apabila kita memberitakan injil secara wajar, pemberitaan kita adalah daripada pengalaman hayat kita. Semasa kita memberitakan injil, kita mengetahui dengan kepastian penuh bahawa Kristus berada dalam roh kita dan roh kita ialah hayat. Tambahan pula, apabila kita membicarakan Kristus kepada pendosa, minda kita pasti diletakkan pada roh, dan minda kita juga hayat. Kita mungkin lemah atau sakit dalam tubuh kita yang akan mati, tetapi apabila kita membicarakan Kristus dengan cara menyalurkan-Nya ke dalam orang, bukan sahaja roh dan minda kita menjadi hayat, tetapi tubuh kita yang semakin mati itu juga hayat.

 (Pengalaman & Pertumbuhan dalam Hayat, Mesej 7)


Tuhan Tritunggal Dalam Triniti Divin-Nya Didispenkan ke dalam Manusia Tripartit
Kelahiruan—Mukjizat Terbesar
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)