Satu prinsip utama dalam kerja Tuhan ialah Dia memerlukan doa manusia. Dia menghendaki manusia bekerjasama dengan-Nya dalam doa.
[Seorang Kristian yang amat berpengalaman dalam doa] mengatakan bahawa semua kerja rohani terdiri daripada empat langkah. Dalam langkah pertama, Tuhan bermaksud hendak melakukan sesuatu; inilah kehendak Tuhan. Dalam langkah kedua, Tuhan mewahikan kehendak ini kepada anak-anak-Nya menerusi Roh Kudus agar mereka mengenali kehendak-Nya, rancangan-Nya, hasrat-Nya, dan aspirasi-Nya. Dalam langkah ketiga, anak-anak Tuhan mendoakan kehendak Tuhan kembali kepada-Nya. Berdoa ialah menyahut balas kehendak Tuhan. Jika hati kita benar-benar setala dengan hati Tuhan, kita akan berbicara keluar kehendak Tuhan secara spontan. Akhirnya dalam langkah keempat, Tuhan pasti menyempurnakan kerja-Nya.
Jika doa kita hanya bertujuan untuk menggenapi apa yang kita rancang dan harapkan, maka doa itu tidak mempunyai apa-apa nilai dalam alam rohani. Hanya doa yang dimulakan Tuhan dan menyahut balas apa yang dimulakan-Nya itu doa yang bernilai. Kerja Tuhan dikawal oleh doa yang sedemikian. Tuhan ingin melakukan banyak hal, tetapi Dia tidak akan melakukan hal-hal itu apabila umat-Nya tidak berdoa. Tuhan perlu menunggu manusia bersetuju dengan-Nya sebelum Dia melakukannya. Inilah satu prinsip yang besar bagi kerja Tuhan dan juga salah satu prinsip yang paling penting dalam Bible. (Doa dan Kerja Tuhan, m.s. 1-3)
© Gospel Book Centre