Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Disposisi dan Kebergunaan
Pembauran Roh Divin Dengan Roh Insani Kita
Inkarnasi dan Prinsip Inkarnasi
Disposisi dan Kebergunaan
2020-12-04 | 546 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Perkara yang paling merosakkan kebergunaan kita dalam kehidupan orang Kristian dan kehidupan gereja ialah kehidupan kita yang menurut disposisi kita. Saya sudah berada dalam kerja Tuan selama banyak tahun, dan saya mendapati bahawa sesetengah dikbang dan dikkak mempunyai unsur yang kuat dalam disposisi mereka yang menghalang mereka berkoordinasi dan bekerjasama dengan orang lain. Jika dikbang atau dikkak yang tertentu ditugaskan untuk melakukan kerja tertentu, orang lain tidak boleh terlibat bersama dengan mereka untuk membantu dalam kerja itu; mereka semestinya mahu melakukannya seorang diri. Dikbang atau dikkak sedemikian biasanya sangat berkebolehan, namun mereka juga mudah mencetuskan masalah dalam kehidupan gereja. 

Kerja Tuan ialah kerja kepunyaan Tubuh dan melalui Tubuh; oleh itu, koordinasi diperlukan secara mendesak. Dutus Paulus sangat berkebolehan, tetapi dia juga memerlukan beberapa orang yang lain untuk membantunya dan berkoordinasi dengannya. Biarpun kamu seorang yang terunggul, kamu masih perlu berkoordinasi. Malah Tuan Yesus sendiri perlu berkoordinasi dengan orang lain. Sebenarnya, kebanyakan daripada kita tidak suka bekerja dengan orang lain. Sekiranya kita orang yang malas dan cuai, kita mungkin menyukai orang lain berjerih lelah untuk kita. Akan tetapi, sekiranya kita orang yang tekun, berjerih lelah sepanjang masa, kita mungkin tidak menyukai orang lain bekerja bersama dengan kita, kerana apa jua yang dilakukan mereka akan mengganggu apa yang sedang kita lakukan. 

Dalam kehidupan rohani kita, kehidupan Kristian kita, kehidupan gereja kita, dan dalam kerja Tuan, kita harus belajar menjadi orang yang selalu menentang diri kita. Sebagai seorang yang mempunyai disposisi yang kuat, saya boleh bersaksi bahawa saya harus mempunyai kesedaran yang berterusan bahawa disposisi saya telah disalibkan. Pada masa dahulu, hampir semua pengakuan dosa saya adalah berkenaan kegagalan saya untuk berhidupkan Kristus. Hari ini, sering kali pengakuan dosa saya kepada Tuan adalah berkenaan disposisi saya. Kita harus belajar menjalani kehidupan yang menentang diri kita. Menentang diri kita bererti menentang disposisi kita.

Pembauran Roh Divin Dengan Roh Insani Kita
Inkarnasi dan Prinsip Inkarnasi
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)