Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Di luar kem dan sebelah dalam tirai
Tanah yang beralirkan susu dan madu
Gereja di Efesus — Gereja pada Kesudahan Peringkat Awal
Di luar kem dan sebelah dalam tirai
2020-03-14 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Ibrani 13:13 – Maka marilah kita keluar kepada-Nya di luar kem, menanggung celaan yang dideritai-Nya.

Di luar kem dan sebelah dalam tirai (Ibrani 6:19) ialah dua perkara yang amat menonjol dalam buku ini. Masuk ke sebelah dalam tirai bermaksud masuk ke dalam Tempat Maha Kudus, tempat Tuan ditabalkan dalam kemuliaan, dan pergi ke luar kem bermaksud keluar daripada agama yang daripadanya Tuan diusir kerana ditolak oleh manusia. Ini menandakan bahawa kita harus berada dalam roh kita, tempat beradanya Tempat Maha Kudus yang praktikal hari ini dari segi pengalaman, dan di luar agama, tempat beradanya kem yang praktikal hari ini. Semakin kita berada dalam roh untuk menikmati Kristus di syurga, semakin kita keluar dari kem agama untuk mengikut Yesus yang menderita. Berada dalam roh kita untuk menikmati Kristus yang dimuliakan membolehkan kita keluar dari kem agama untuk mengikut Yesus yang ditolak. Semakin kita berada dalam roh untuk menghubungi Kristus di syurga yang berada dalam kemuliaan, semakin kita pergi ke luar kem agama kepada Yesus yang rendah diri untuk menderita bersama dengan-Nya. Dengan menghubungi Kristus di syurga-syurga dan menikmati pemuliaan-Nya, kita diperkuat untuk mengambil jalan salib yang sempit di bumi dan menanggung celaan yang dideritai Yesus. Mula-mula, buku ini memberi kita visi yang jelas tentang Kristus di syurga dan Tempat Maha Kudus di syurga, kemudian buku ini menunjukkan kepada kita bagaimana bergerak-hidup di bumi di atas jalan salib, iaitu bagaimana keluar kepada Yesus di luar kem, di luar agama, dan menanggung celaan yang dideritai-Nya. Bahkan Musa, setelah orang Israel menyembah anak lembu emas (Keluaran 32), berpindah ke suatu tempat di luar kem; setiap orang yang mencari Tuan perlu pergi bertemu dengannya di tempat itu, kerana hadirat Tuan dan pembicaraan Tuan ada di sana (Keluaran 33:7-11). Kita harus pergi ke luar khemah supaya kita dapat menikmati hadirat Tuan dan mendengar pembicaraan-Nya. Semua hal ini diperlukan untuk kehidupan gereja yang praktikal dan wajar.

Tempat Maha Kudus, jalan salib (dilambangkan oleh keluar kepada Yesus di luar kem dan menanggung celaan yang dideritai-Nya), dan kingdom ialah tiga perkara penting yang diketengahkan dalam buku ini. Tempat Maha Kudus berserta bekalannya yang kaya membolehkan kita mengambil jalan salib yang sempit dan susah, dan jalan salib ini membawa kita ke dalam manifestasi kingdom supaya kita dapat memperoleh ganjaran kemuliaan.

Tanah yang beralirkan susu dan madu
Gereja di Efesus — Gereja pada Kesudahan Peringkat Awal
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)