Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Datang dan Minum
Jalan untuk Menggenapkan Tujuan Tuhan (2)
APAKAH ITU HAYAT ABADI?
Datang dan Minum
2017-10-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

“Sekarang pada hari terakhir, hari terbesar perayaan itu, Yesus berdiri dan berseru, berkata, Jika sesiapa haus, hendaklah dia datang kepada-Ku dan minum” (Yoh. 7:37-39).

Hari terakhir menandakan penghujung bagi segala kenikmatan terhadap sebarang kejayaan dalam kehidupan manusia. Tidak kira apa jenis kejayaan yang kamu miliki, pasti adanya hari terakhirnya. Misalnya, meskipun kamu mempunyai perkahwinan yang bahagia, namun perkahwinan kamu tidak akan berkekalan buat selama-lamanya.

Pakaian yang kamu sayangi itu ada hari terakhirnya; perkahwinan kamu juga ada hari terakhirnya. Segala sesuatu ada hari terakhirnya. Terakhir bermaksud penghujung. Tidak kira betapa kayanya kamu, tetap ada penghujungnya. Tidak kira betapa sihatnya kamu, kesihatan itu ada penghujungnya. Terdapat hari terakhir untuk kekayaan kamu, hari terakhir untuk kesihatan kamu, hari terakhir bersama keluarga kamu, hari terakhir bersama isteri atau suami kamu yang tersayang, hari terakhir bersama ibu bapa kamu, hari terakhir bersama anak-anak kamu, hari terakhir untuk semua sekitaran kamu—secara ringkasnya, hari terakhir!

Dalam gambar yang ada dalam Wasiat Lama, orang Israel berjerih lelah sepanjang tahun hingga masa mereka menuai bijirin dan wain. Mereka menerima segala-gala menerusi jerih lelah tangan mereka sendiri. Pada akhirnya, jerih lelah mereka tamat dan apa yang perlu dilakukan seterusnya ialah datang bersama dan menikmati tuaian mereka selama tujuh hari. Hari ketujuh ialah hari yang terbesar bagi mereka, namun hari itu ialah penghujung. Hari terakhir ialah hari mereka semua bersurai.

Ketika orang bersurai pada hari terakhir perayaan dalam Yohanes 7:37, Tuan berdiri dan berseru, “Jika sesiapa haus, hendaklah dia datang kepada-Ku dan minum.” Orang tidak mendapat kepuasan. Apa yang dinikmati mereka sepanjang tujuh hari yang lepas gagal menghilangkan kehausan mereka. Jika mereka datang dan minum Kristus, mereka akan mempunyai sungai-sungai air hidup mengalir keluar dari diri dalaman mereka. Air hidup ini ialah Roh Kudus yang mengalir keluar dari batuan yang telah dipukul.

Di negara England, terdapat seorang gadis yang hidup dalam sebuah keluarga yang sangat kaya. Dia sentiasa memburu kenikmatan. Pada satu kali, dia menghadiri satu majlis tari-menari bersama dengan orang daripada kelas yang tertinggi di England. Dia berasa amat seronok dalam majlis itu. Selepas tamatnya majlis itu, dia pulang ke rumah. Ketika dia menanggalkan baju tarinya, dia berasa amat haus. Dia membuang semua baju tari dan kasut tarinya sambil menyeru, “Apa gunanya benda-benda ini bagi saya!” Selepas berseronok dan menikmati segalanya, dia masih sangat haus. Kemudian suatu suara di batinnya berbisik, “Kamu harus berdoa kepada Tuhan.” Namun dia berkata kepada dirinya, “Saya tidak percaya adanya Tuhan; bagaimana saya dapat berdoa kepada-Nya?” Akan tetapi, suara itu terus berbisik, “Kamu hanya perlu cuba berkata kepada Tuhan: ‘Tuhan, jika Engkau wujud, puaskanlah aku’.” Akhirnya, dia berdoa sebegini. Pada keesokan hari seluruh hidupnya berubah. Dia sudah dipuaskan. Kehausannya dihilangkan oleh air hidup yang diberi Tuan.

Banyak orang yang berpendidikan tinggi, mempunyai kejayaan yang besar, dan sangat kaya sepatutnya mempunyai banyak kenikmatan, namun akhirnya mereka tidak dapat menikmati apa-apa kerana segala-galanya menjadi kering kepada mereka. Akan tetapi, pada saat itu datanglah seruan, “Jika sesiapa haus, hendaklah dia datang kepada-Ku dan minum.” Mungkin kamu sedang menjalani kehidupan yang bahagia; akan tetapi, hari terakhir akan tiba; pada masa itu semua kenikmatan kamu akan berakhir dan kamu akan berasa haus. Ingatlah, hanya Tuan Yesus sendiri yang dapat memberi kamu air hidup untuk menghilangkan kehausan kamu.

Jalan untuk Menggenapkan Tujuan Tuhan (2)
APAKAH ITU HAYAT ABADI?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)