Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bukan Lagi Aku Tetapi Kristus
Kehidupan Yang Mengekspresi, Bukan Kehidupan Yang Menahan
Kehidupan Yang Mengekspresi, Bukan Kehidupan Yang Menahan (2)
Bukan Lagi Aku Tetapi Kristus
2021-05-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

29 Mei 2021

Bukan Lagi Aku Tetapi Kristus 



Bacaan Bible:  

Gal. 2:20: "Aku telah disalibkan bersama dengan Kristus, dan bukan lagi aku yang hidup, tetapi Kristus yang hidup dalamku, dan hayat yang kini aku hidup dalam tubuh, aku hidup dalam iktikad, iaitu iktikad Anak Tuhan yang mengasihi aku dan menyerahkan diri-Nya untukku."

 

Petikan Bacaan:  

 

Apakah maksudnya disalibkan bersama dengan Kristus? Untuk mengalami perkara ini, kita wajib memenuhi satu syarat di pihak kita, iaitu kita harus berkata kepada Tuhan, “O Tuhan, Engkau telah putus asa terhadapku, aku juga putus asa terhadap diriku. Engkau melihat aku ini langsung tidak ada harapan, aku juga melihat diriku ini langsung tidak ada harapan. Engkau melihat aku ini patut mati, aku juga melihat diriku ini patut mati. Engkau menganggap aku ini lemah, aku juga mengaku bahawa diriku lemah. Engkau mengatakan bahawa aku tidak dapat melakukannya, aku juga mengaku bahawa aku tidak dapat melakukannya.” Kamu harus mengambil [61] kedudukan sedemikian. Inilah maksudnya disalibkan bersama dengan Kristus. Segala yang telah dilakukan oleh Tuhan sama sekali tidak boleh digulingkan; semuanya hakikat yang sudah disempurnakan. Sekarang di pihak kamu, kamu perlu bertanggungjawab untuk menerima penilaian Tuhan terhadap kamu. Tuhan putus asa terhadap saya, maka saya pun putus asa terhadap diri saya. Biar saya beritahu kamu, ketika kamu putus asa terhadap diri kamu, ketika itulah kamu akan melihat bahawa “bukan lagi aku”.

 

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 60-61 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

 

Kehidupan Yang Mengekspresi, Bukan Kehidupan Yang Menahan
Kehidupan Yang Mengekspresi, Bukan Kehidupan Yang Menahan (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)