Filipi 4:6 nampaknya seperti ayat yang mudah kerana ia menasihati kita agar jangan khuatir dan membiarkan Tuhan mengetahui permintaan kita. Namun, realiti kata-kata ini sebenarnya bukan begitu mudah atau cetek. Arus elektrik nampaknya juga sangat mudah. Jika kamu memerlukan haba atau cahaya, kamu hanya perlu menekan butang lalu kamu akan menerima haba atau cahaya. Jika kamu mahu udara sejuk, kamu hanya perlu menekan butang yang satu lagi. Penerapan arus elektrik sangat mudah, tetapi sains elektrik tidak begitu mudah. Jika arus elektrik didispenkan ke dalam kamu tanpa batasan, kamu akan mati disebabkan arus elektrik itu. Semakin tinggi arus elektrik, semakin cepat kamu akan mati. Namun bagi “elektrik divin”, pendispenan divin, semakin banyak kamu menerima Tuhan, semakin kamu menjadi hidup. Dari satu segi, semasa kamu menerima elektrik divin ini, manusia lama mati, tetapi dari segi yang lain, manusia baru menjadi hidup. Pendispenan divin ini juga merupakan sains, dan kita tidak dapat habis mengkaji pendispenan divin ini.