Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Biarlah Permintaan Kita Diberitahukan Kepada Tuhan (1)
Kristus ialah Realiti Virtu Insani Kita
Biarlah Permintaan Kita Diberitahukan Kepada Tuhan (2)
Biarlah Permintaan Kita Diberitahukan Kepada Tuhan (1)
2020-11-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Setiap kali kita berdoa dan memohon dengan cara yang wajar, antara kita dengan Tuhan sepatutnya terdapat sejenis trafik. Sesuatu daripada kita harus bergerak kepada tuhan agar Tuhan memberi respons kepada kita. Aktiviti yang berulang-alik ini merupakan persekutuan. Inilah makna yang wajar bagi perkataan "persekutuan." Persekutuan sebenarnya ialah pendispenan Tuhan untuk diterima oleh manusia. Berkenaan persekutuan yang yang kita adakan dengan Tuhan, di pihak Tuhan ialah pendispenan-Nya, manakala di pihak kita ialah penerimaan kita. Dia mendispen dan kita menerima. Semakin banyak persekutuan, semakin banyak kita menerima Tuhan menerusi pendispenan-Nya.

Semasa kita kekurangan sesuatu, kita mungkin menjadi khuatir. Kita tidak sepatutnya menanggung kekhuatiran ini dengan sendiri. Kita perlu memberitahu Tuhan dengan menyatakan permintaan kita kepada-Nya melalui doa dan permohonan dengan kesyukuran. Ini sepatutnya jenis doa yang perlu kita ada. Kita tidak perlu berdoa dengan cara merayu kepada Tuhan agar Dia membuat sesuatu untuk kita. Kita harus hanya memberitahu Tuhan apa yang kita perlu, iaitu kita perlu membiarkan Dia tahu dan tidak menyimpan apa-apa dalam diri kita. Jika kita mempunyai sebarang kebimbangan dan kekhuatiran, kita seharusnya memberitahu-Nya. Pemberitahuan kita kepada Tuhan ialah pergerakan kita terhadap-Nya. Kemudian, bahkan sebelum Dia menjawab permintaan kita, respons-Nya ialah pendispenan-Nya, pembauran-Nya dengan kita. Pembauran kedivinan dengan keinsanan ialah pembauran dua entiti, entiti kedivinan dan entiti keinsanan.

Kristus ialah Realiti Virtu Insani Kita
Biarlah Permintaan Kita Diberitahukan Kepada Tuhan (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)