Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Betulkah kamu tidak mampu?
Langkah Pertama untuk Jayeng: Melihat bahawa Kita Tidak Mampu
Tidak Mampu, Tidak Berikhtiar untuk Menjadi Mampu
Betulkah kamu tidak mampu?
2021-06-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat


Betulkah Kamu Tidak Mampu?


        Saya fikir kita masih perlu melihat dengan lebih lanjut lagi. Banyak dikbang dan dikkak tahu bahawa mereka tidak mampu. Kamu mungkin tahu bahawa kamu tidak mampu, namun saya ingin bertanya lagi, "Betulkah kamu tidak mampu? Dikbang, adakah kamu telah putus asa terhadap diri kamu? Adakah kamu masih berfikir bahawa kamu dapat jayeng?" Petang semalam kita melihat hakikat yang objektif; petang ini barulah kita mula melihat sesuatu yang subjektif. Memang betul bahawa Kristus akan jayeng bagi pihak kamu, namun ada syaratnya untuk Kristus jayeng bagi pihak kamu. Syarat ini ialah kamu harus melihat diri kamu tidak mampu. Betulkah kamu tidak mampu? Sebelum ini, Tuhan telah memberi kamu banyak kegagalan, namun hati kamu belum lagi mati. Betulkah kamu tidak mampu? Segala-galanya bergantung pada soalan ini. Sama ada kamu dapat maju pada kemudian hari atau tidak, semuanya bergantung pada ini. Jika hati kamu masih menganggap kamu mampu, dan masih berkata diri kamu dapat melakukannya, maka Kristus tidak dapat hidup untuk kamu. Kristus hanya dapat hidup untuk orang yang langsung tidak mampu. Kemenangan itu tersedia buat orang yang gagal sepenuhnya. Hanya orang yang gagal sepenuhnya yang dapat jayeng. Jika seseorang tidak gagal sepenuhnya, Tuhan tidak dapat jayeng bagi dia. Inilah syarat pertama: Saya tidak mampu.


(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 70 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Langkah Pertama untuk Jayeng: Melihat bahawa Kita Tidak Mampu
Tidak Mampu, Tidak Berikhtiar untuk Menjadi Mampu
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)