e-Roti Hayat
Bermegah dalam Kelemahan Sendiri
Dua Korintus 12:9 berkata, “Dia berkata kepadaku, Kurnia-Ku cukup bagimu; kerana kudrat-Ku disempurnakan dalam kelemahan orang. Oleh itu, aku sukacita sekali bermegah dalam kelemahanku supaya kudrat Kristus dapat bertabernakal atasku." Mengapakah Paulus berkata, "Aku sukacita sekali bermegah dalam kelemahanku"? Perkataan "bermegah” dalam bahasa asal bererti "memuliakan". Paulus mengatakan bahawa dia menganggap kelemahannya sebagai kemuliaannya. Mengapakah begitu? Sebabnya melalui kelemahannya, Kristus berpeluang untuk menyatakan kudratnya dan kudrat Kristus berpeluang untuk bertabernakal atasnya. Kudrat Kristus tidak dapat bertabernakal atas orang yang tidak mempunyai kelemahan. Kudrat Kristus hanya ada peluang untuk bertabernakal atas orang yang ada kelemahan. Oleh itu, saya bermegah dalam kelemahan saya kerana kelemahan saya memberi peluang kepada Tuan untuk bekerja. Kelemahan saya memberi peluang kepada Tuan untuk menyatakan kudrat-Nya dan melakukan sesuatu dalam saya.
Mendapati kelemahan sendiri bukanlah dosa, tetapi tidak mempercayai kekuatan Tuhan itu ialah dosa. Mendapati diri tidak mampu mengeluarkan wang bukanlah dosa, tetapi tidak percaya bahawa Tuhan dapat membuat kamu mengeluarkan wang itu ialah dosa. Mempunyai sifat pemarah bukanlah dosa, tetapi tidak percaya bahawa Tuhan akan menjadi kesabaran kamu itu ialah dosa. Mempunyai dosa yang tidak dapat diatasi itu bukanlah dosa, tetapi tidak percaya bahawa Tuhan dapat jayeng bagi kamu itu ialah dosa.
(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 75-77 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)