Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Berhidupkan Kristus ialah Kehidupan Pembauran
Hidup Kerana Kristus (2)
Menyangkal Sukma Kita
Berhidupkan Kristus ialah Kehidupan Pembauran
2020-09-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan
Filipi 1:21 berkata, "Kerana bagi aku, hidup adalah Kristus dan mati adalah keuntungan.” Mengatakan bahawa kita harus
berhidupkan Kristus adalah mudah, dan memahami frasa yang ringkas ini juga mudah, tetapi untuk kita benar-benar berhidup
kan Kristus, hal ini meliputi banyak perkara. Berhidupkan Kristus bererti apabila Kristus hidup, kita yang percaya ke dalam
Nya dan yang kini berada dalam-Nya juga hidup. Kristus hidup, dan kita juga hidup. Ini bermaksud bahawa kita
hidup dalam kehidupan Kristus dan Dia hidup dalam kehidupan kita. Jika kita hidup dalam kehidupan-Nya, kehidupan-Nya
juga akan berada dalam kehidupan kita. Inilah kehidupan pembauran daripada dua hayat. Tuhan dan manusia hidup bersama.
Kehidupan pembauran ini digambarkan dengan pencantuman dua pohon. Apabila satu ranting dicantumkan ke dalam pohon yang
lain, kedua-duanya hidup bersama sebagai satu. Dari satu segi, yang ada itu dua, tetapi dari segi yang lain, kedua-duanya ada-
lah satu. Kedua-duanya adalah satu, namun dua sifat itu kekal berbeza, dan sifat ketiga tidak dihasilkan.

(Pengalaman & Pertumbuhan dalam Hayat, Mesej 5)
Hidup Kerana Kristus (2)
Menyangkal Sukma Kita
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)