Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Berhidupkan Kristus dengan Mengasihi-Nya
Menyangkal Sukma Kita
Tuhan Tritunggal Dalam Triniti Divin-Nya Didispenkan ke dalam Manusia Tripartit
Berhidupkan Kristus dengan Mengasihi-Nya
2020-09-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Semasa kita terlibat dalam aktiviti harian kita, kehidupan kita tidak seharusnya aktiviti itu tetapi Kristus. Minda kita seharusnya tertumpu pada Kristus, tetapi penumpuan minda kita bergantung pada kasih kita terhadap Kristus. Inilah sebabnya Wasiat Baru mengarahkan kita untuk mengasihi Kristus. Sekiranya kita tidak mengasihi Kristus, kita tidak dapat berhidupkan-Nya, dan mengasihi-Nya ialah cara yang terbaik untuk menumpukan seluruh diri kita pada-Nya. Apabila seorang ibu yang muda melahirkan seorang anak, seluruh kehidupannya ialah bayi baru itu. Baginya, hidup adalah bayinya yang baru. Ini adalah kerana kasihnya terhadap anaknya. Apabila kita mengasihi Kristus sampai kemuncak, seluruh diri kita dipenuhi-Nya, dan kita berhidupkan-Nya. Inilah pengalaman Paulus; maka dia berkata, "Bagi aku, hidup adalah Kristus dan mati adalah keuntungan" (Flp. 1:21). Bagi Paulus, untuk terus hidup adalah Kristus, dan sekiranya dia mati, itu adalah keuntungan. Berhidupkan Kristus menuntut kita mengasihi-Nya sampai kemuncak. Kadangkala apabila kita amat tertawan oleh sesuatu, pada malam itu kita akan bermimpi tentang perkara itu. Malah dalam mimpi kita, bagi kita, hidup adalah perkara yang menawan kita itu. Kristus perlu menawan kita sampai ke tahap sedemikian.


(Pengalaman & Pertumbuhan dalam Hayat, Mesej 5)

Menyangkal Sukma Kita
Tuhan Tritunggal Dalam Triniti Divin-Nya Didispenkan ke dalam Manusia Tripartit
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)