Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian “BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 4/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 3/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 5/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 4/6)
2020-08-05 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (99)

Nota Editor:

“Jika seseorang yang betul-betul dimiliki Tuhan selalu berdoa untuk nama Tuhan, kingdom Tuhan dan kehendak Tuhan, Tuan juga akan memberikan perhatian terhadap orang ini. Hal ini kerana jika sesuatu doa adalah mustahak, orang yang berdoa ini akan diserang Syaitan. Oleh itu, roti menjadi seperkara yang harus didoakan. Roti merupakan keperluan asas manusia, dan juga merupakan suatu ujian yang besar...Oleh itu, kita seharusnya ada doa perlindungan.”

“Doa ini juga memperlihatkan kepada kita bahawa saban hari kita perlu memandang kepada Tuhan, dan kita perlu memohon kepada Tuhan tiap-tiap hari. Tuan mengajar kita berdoa, ‘Berilah kami hari ini roti harian kami.’ Permohonan ini bukan dilakukan secara mingguan tetapi secara harian. Di bumi ini kita tidak ada sebarang sandaran, dan kita tidak mempunyai sebarang simpanan. Sampai ke tahap tertentu, kita bukannya memohon untuk roti mingguan atau roti bulanan, tetapi roti harian. Betapa perlunya kita bersandar kepada Tuhan!”

“Dari satu segi, kita mempunyai keperluan terhadap benda-benda material; dari segi yang lain, kita juga mempunyai keperluan untuk beroleh zimah yang baik...Setiap malam ketika kita hendak masuk tidur, kita akan mendapati sepanjang hari itu kita telah melakukan banyak perkara yang bersalah terhadap Tuhan. Semua itu tidak semestinya dosa, tetapi semuanya hutang. Kita perlu memohon agar Tuhan mengampuni kita, mengampunkan hutang kita dan tidak mengingati hutang kita, barulah kita mempunyai zimah yang baik. Hal ini amat penting.”

“Jika seseorang berkira-kira dengan dikbang dan dikkak, dan tidak dapat melupakan hutang orang lain terhadapnya, orang sedemikian tidak dapat memohon agar Tuhan mengampunkan hutangnya. Seseorang yang berfikiran sempit, yang sentiasa memberikan perhatian terhadap bagaimana orang melayannya, melukainya, dan bersalah terhadapnya, tidak dapat mengungkapkan doa ini di hadapan Tuhan. Kita harus mempunyai hati yang sudi mengampuni orang, barulah kita berani memohon di hadapan Bapa, ‘Ampunkan hutang kami, sebagaimana kami juga mengampuni penghutang kami.’”

“BERDOALAH BEGINI”
(Bahagian 4/6)

(Ministri Doa Gereja, Bab 2)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Mat. 6:11-12 “Berilah kami hari ini roti harian kami. Ampunkan hutang kami, sebagaimana kami juga mengampuni penghutang kami.”

MENDOAKAN TIGA PERKARA UNTUK DIRI SENDIRI 

Bahagian kedua adalah berkenaan hal mendoakan tiga perkara untuk diri sendiri.

Perkara Pertama: “Berilah Kami Hari Ini Roti Harian Kami” 

“Berilah kami hari ini roti harian kami.” Apabila sesetengah orang membaca ayat ini, mereka betul-betul tidak faham mengapa setelah Tuan mengajar kita berdoa untuk nama Tuhan, kingdom Tuhan dan kehendak Tuhan, Dia tiba-tiba beralih kepada roti harian kita. Dari doa yang begitu tinggi, tiba-tiba merudum ke tahap yang begitu rendah, bukankah kadar penurunannya terlalu mendadak? Dikbang dan dikkak, hal ini ada sebabnya. Jika seseorang yang betul-betul dimiliki Tuhan selalu berdoa untuk nama Tuhan, kingdom Tuhan dan kehendak Tuhan, Tuan juga akan memberikan perhatian terhadap orang ini. Hal ini kerana jika sesuatu doa adalah mustahak, orang yang berdoa ini akan diserang Syaitan. Oleh itu, roti menjadi seperkara yang harus didoakan. Roti merupakan keperluan asas manusia, dan juga merupakan suatu ujian yang besar. Apabila manusia sampai ke tahap roti hariannya menjadi masalah, ini menjadi ujian yang amat besar. Dari satu segi, kita berhasrat agar nama Tuhan dikuduskan, kita berdoa agar kingdom Tuhan datang, dan kita berdoa agar kehendak Tuhan terlaksana di bumi. Dari segi yang lain, kita sebagai manusia masih berada di bumi dan kita masih memerlukan roti harian. Syaitan mengetahui hal ini. Oleh itu, kita seharusnya ada doa perlindungan. Doa ini merupakan permintaan orang Kristian untuk dirinya; dia memohon perlindungan Tuan. Jika tidak, dia mungkin mempunyai doa yang tinggi dari satu segi, tetapi juga diserang Syaitan dari segi yang lain. Apabila kita kekurangan roti, kita diserang, dan doa kita akan terpengaruh. Kita harus melihat keperluan doa ini. Hal ini kerana kita masih manusia yang berada di bumi. Tubuh kita mempunyai keperluan terhadap makanan. Oleh itu, kita perlu memohon kepada Tuhan supaya memberikan roti harian kepada kita. 

Doa ini juga memperlihatkan kepada kita bahawa saban hari kita perlu memandang kepada Tuhan, dan kita perlu memohon kepada Tuhan tiap-tiap hari. Tuan mengajar kita berdoa, “Berilah kami hari ini roti harian kami.” Permohonan ini bukan dilakukan secara mingguan tetapi secara harian. Di bumi ini kita tidak ada sebarang sandaran, dan kita tidak mempunyai sebarang simpanan. Sampai ke tahap tertentu, kita bukannya memohon untuk roti mingguan atau roti bulanan, tetapi roti harian. Betapa perlunya kita bersandar kepada Tuhan! Tuan tidak mengabaikan roti harian kita. Dia tidak mengajar bahawa kita tidak perlu meminta untuk keperluan ini. Sebaliknya, Dia menyuruh kita meminta tiap-tiap hari. Sebenarnya apa yang kita perlukan sudah diketahui Bapa kita awal-awal lagi. Tuan ingin kita memohon kepada Tuhan tiap-tiap hari demi roti harian kita supaya kita belajar memandang kepada Bapa saban hari, dan melatih iktikad kita saban hari. Kerap kali kita bimbang akan hal-hal yang terlalu jauh, dan permohonan kita juga terlalu jauh ke masa hadapan. Dikbang dan dikkak, jika kamu mempunyai hasrat hati yang teguh demi nama-Nya, kingdom-Nya dan kehendak-Nya, kamu akan menghadapi kesukaran yang besar. Namun jika Tuhan telah memberi kita roti kita untuk hari ini, maka untuk roti esok kita hanya perlu memohon pada keesokan hari. Dikbang dan dikkak, jangan khuatir akan hari esok; cukuplah untuk sehari kejahatannya (Mat. 6:31-34). 

Perkara Kedua: “Ampunkan Hutang Kami, Sebagaimana Kami Juga Mengampuni Penghutang Kami” 

“Ampunkan hutang kami, sebagaimana kami juga mengampuni penghutang kami.” Dari satu segi, kita mempunyai keperluan terhadap benda-benda material; dari segi yang lain, kita juga mempunyai keperluan untuk beroleh zimah yang baik. Dari sehari ke sehari, kita memang banyak bersalah terhadap Tuhan. Dalam banyak hal, kita tidak semestinya berbuat dosa, tetapi kita mungkin berhutang. Berhutang bererti tidak melakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Berhutang juga bererti tidak membicarakan apa yang sepatutnya dibicarakan. Oleh itu, di hadapan Tuhan, tidak mudah untuk kita memelihara zimah yang baik. Setiap malam ketika kita hendak masuk tidur, kita akan mendapati sepanjang hari itu kita telah melakukan banyak perkara yang bersalah terhadap Tuhan. Semua itu tidak semestinya dosa, tetapi semuanya hutang. Kita perlu memohon agar Tuhan mengampuni kita, mengampunkan hutang kita dan tidak mengingati hutang kita, barulah kita mempunyai zimah yang baik. Hal ini amat penting. Pengampunan hutang adalah sama seperti pengampunan dosa; kita perlu memperolehnya supaya kita mempunyai zimah yang baik dan dapat hidup di hadapan Tuhan dengan berani. Banyak dikbang dan dikkak mempunyai pengalaman bahawa bila-bila sahaja zimah mereka kebocoran, iktikad mereka pun tidak dapat bangkit. Zimah kita tidak boleh berlubang. Paulus berkata, “Ada orang yang menolak hal-hal ini lalu menjadi kapal bocor berkenaan kepercayaan itu” (1 Tim. 1:19). Zimah adalah seperti kapal yang tidak boleh berlubang sedikit pun. Sebaik sahaja zimah berlubang, iktikad akan hilang. Zimah tidak boleh berhutang, tidak boleh ada rasa bersalah. Sebaik sahaja zimah ada kesalahan, maka terdapat satu lubang, dan yang pertama dibocorkan ialah iktikad kita. Apabila zimah berlubang, seseorang tidak dapat percaya biarpun dia ingin percaya. Sebaik sahaja ada suara teguran dalam zimah, iktikad akan dibocorkan. Oleh itu dikbang dan dikkak, untuk memelihara zimah yang baik, kita harus meminta Tuhan mengampunkan hutang kita di hadapan Tuhan. Hal ini amat penting. Pengampunan hutang ini tidak berkaitan dengan persoalan kita beroleh hayat abadi, tetapi berkait rapat dengan persekutuan kita dan disiplin Tuhan. 

Kita memohon kepada Tuhan agar mengampunkan hutang kita, sebagaimana kita juga mengampuni penghutang kita. Jika seseorang berkira-kira dengan dikbang dan dikkak, dan tidak dapat melupakan hutang orang lain terhadapnya, orang sedemikian tidak dapat memohon agar Tuhan mengampunkan hutangnya. Seseorang yang berfikiran sempit, yang sentiasa memberikan perhatian terhadap bagaimana orang melayannya, melukainya, dan bersalah terhadapnya, tidak dapat mengungkapkan doa ini di hadapan Tuhan. Kita harus mempunyai hati yang sudi mengampuni orang, barulah kita berani memohon di hadapan Bapa, “Ampunkan hutang kami, sebagaimana kami juga mengampuni penghutang kami.” Tidak bolehlah kita enggan mengampuni penghutang kita tetapi masih memohon agar Tuhan mengampunkan hutang kita. Jika kita tidak mengampuni penghutang kita, bagaimanakah kita dapat membuka mulut untuk memohon agar Tuhan mengampunkan hutang kita? Dikbang dan dikkak, jika kamu mempunyai permintaan terhadap seseorang tetapi permintaan itu tidak dipenuhi, lalu kamu menyimpan rasa tidak puas hati dalam batin, malah sentiasa berkira bahawa orang ini atau orang itu telah berhutang kepada kamu, bagaimanakah kamu dapat mengungkapkan doa ini kepada Bapa? Dikbang dan dikkak, sebagaimana kesalahan kita di hadapan Bapa perlu diampunkan, begitu juga kita perlu mengampunkan kesalahan orang lain terhadap kita. Kita harus mengampuni penghutang kita terlebih dahulu, barulah kita mempunyai keberanian untuk berdoa di hadapan Bapa, “Ampunkan hutang kami, sebagaimana kami juga mengampuni penghutang kami.” (bersambung...)

“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 3/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 5/6)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)