Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian “BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 3/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 2/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 4/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 3/6)
2020-08-04 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (98)

Nota Editor:

““Datanglah kingdom-Mu!” Ini bukan sahaja hasrat gereja malah tanggungjawab gereja. Gereja seharusnya membawa masuk kingdom Tuhan. Jika gereja ingin membawa masuk kingdom Tuhan, gereja wajib membayar harga, dikawal oleh syurga dan tunduk kepada pemerintahan syurga. Gereja harus menjadi saluran keluar bagi syurga dan membiarkan kuasa syurga diekspresikan di bumi. Jika gereja berhasrat membawa masuk kingdom Tuhan, gereja hendaklah mengetahui segala rancangan jahat Syaitan (2 Kor. 2:11), dan memakai baju zirah lengkap yang diberikan Tuhan untuk menentang tipu muslihat iblis (Ef. 6:11). Hal ini kerana di mana ada kingdom Tuhan, di situlah demon diusir keluar.”

“Menurut pandangan orang, Tuhan adalah maha tahu, maka tidak perlulah manusia berdoa. Namun menurut Bible, Tuhan memerlukan doa manusia. Berdoa bererti Tuhan ingin melakukan sesuatu hal, tetapi Tuhan sendiri tidak akan melakukannya. Tuhan ingin menunggu sehingga ada orang di bumi yang mendoakan hal yang sama, barulah Dia akan melakukannya.”

“Bible menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan mempunyai suatu kehendak terlebih dahulu dan Dia ingin melakukan sesuatu, lalu Dia memberitahu kita kehendak-Nya, kemudian kita pun menggunakan mulut untuk membicarakan kehendak Tuhan menurut pemahaman kita. Inilah doa.”

“Sesetengah perkara merupakan perkara remeh-temeh dalam kehendak Tuhan. Namun Tuhan mempunyai satu kehendak yang sangat agung; semua perkara remeh-temeh berkenaan kehendak-Nya juga terangkum dalam kehendak yang agung ini. Jika kita memberikan perhatian kepada kehendak agung Tuhan, perkara-perkara yang kecil ini juga akan disempurnakan.”

“BERDOALAH BEGINI”
(Bahagian 3/6)

(Ministri Doa Gereja, Bab 2)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Mat. 6:9-10 “Maka kamu, berdoalah begini: Bapa kami yang berada di syurga-syurga, dikuduskanlah nama-Mu; datanglah kingdom-Mu; terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga.”

Hasrat Kedua: “Datanglah Kingdom-Mu” 

Kingdom apakah kingdom ini? Mengikut konteks Matius, kingdom ini merujuk kepada kingdom syurga-syurga. Tuan mengajar kita berdoa, “Datanglah kingdom-Mu.” Ini bermakna bahawa kingdom Tuhan berada di syurga, namun belum ada di bumi, oleh itu kita berdoa agar Tuhan memperluas lingkungan kingdom syurga-syurga sampai ke bumi. Dalam Bible, kingdom Tuhan mempunyai aspek sejarah dan juga aspek geografi. Aspek sejarah adalah berkenaan masa, manakala aspek geografi adalah berkenaan tempat. Menurut Bible, kingdom Tuhan merujuk lebih kepada aspek geografi daripada aspek sejarah. Tuan berkata, “Tetapi jika Aku, melalui Roh Tuhan mengusir demon, maka kingdom Tuhan sudah datang kepadamu” (Mat. 12:28). Adakah ini berkenaan sejarah? Tidak, ini berkenaan geografi. Di mana-mana sahaja Anak Tuhan mengusir demon melalui Roh Tuhan, di situlah kingdom Tuhan. Oleh itu, pada tempoh masa ini, kingdom Tuhan merujuk lebih kepada aspek geografi daripada aspek sejarah. Dikbang dan dikkak, jika kita hanya dipenuhi dengan konsep sejarah berkenaan kingdom Tuhan, maka kita cuma melihat sebahagian kebenaran sahaja dan bukan secara menyeluruh. Dalam Wasiat Lama, kita hanya menemui nubuat berkenaan kingdom syurga-syurga. Semasa Tuan Yesus datang, Yohanes Pembaptis mula-mula mengisytiharkan bahawa kingdom syurga-syurga sudah dekat (Mat. 3:1-2), kemudian Tuan Yesus sendiri juga mengatakan bahawa kingdom syurga-syurga sudah dekat (4:17). Mengapa? Hal ini kerana sejak masa itu sudah mula ada orang kepunyaan kingdom syurga-syurga. Sesampai Matius bab 13, kita mempunyai rupa luaran kingdom syurga-syurga. Hari ini, di mana-mana sahaja anak-anak Tuhan mengusir demon melalui Roh Tuhan, menghapuskan kerja demon, di situlah kingdom Tuhan. Tuan mengingini kita berdoa, “Datanglah kingdom-Mu,” bermakna Dia mengharapkan kingdom Tuhan memenuhi seluruh bumi. 

“Datanglah kingdom-Mu!” Ini bukan sahaja hasrat gereja malah tanggungjawab gereja. Gereja seharusnya membawa masuk kingdom Tuhan. Jika gereja ingin membawa masuk kingdom Tuhan, gereja wajib membayar harga, dikawal oleh syurga dan tunduk kepada pemerintahan syurga. Gereja harus menjadi saluran keluar bagi syurga dan membiarkan kuasa syurga diekspresikan di bumi. Jika gereja berhasrat membawa masuk kingdom Tuhan, gereja hendaklah mengetahui segala rancangan jahat Syaitan (2 Kor. 2:11), dan memakai baju zirah lengkap yang diberikan Tuhan untuk menentang tipu muslihat iblis (Ef. 6:11). Hal ini kerana di mana ada kingdom Tuhan, di situlah demon diusir keluar. Semasa kingdom Tuhan datang dan memerintah bumi dengan sepenuhnya, Syaitan akan dicampakkan ke dalam abis (Wahi 20:1-3). Disebabkan gereja memikul tanggungjawab yang sebegini besar, Syaitan akan menyerang gereja dengan sedaya upaya. Dari satu segi, semoga gereja berdoa seperti pekudus kuno, “O Yehova, tundukkanlah langit-Mu dan turunlah” (Mzm. 144:5). “Oh, semoga Engkau merobekkan langit, semoga Engkau turun” (Yes. 64:1). Dari segi yang lain, gereja harus berkata kepada iblis, “Berambuslah segera dari bumi dan masuklah ke dalam api kekal yang disediakan Tuhan untuk engkau” (bd. Mat. 25:41). 

Hasrat Ketiga: “Terlaksanalah Kehendak-Mu di Bumi Sebagaimana di Syurga” 

Doa di sini ialah “terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga”. Ini menunjukkan bahawa kehendak Tuhan terlaksana di syurga, tetapi tidak terlaksana sepenuhnya di bumi. Tuhan ialah Tuhan; siapakah yang dapat menghalang kehendak-Nya dilaksanakan? Manusiakah yang menghalang Tuhan? Ibliskah yang menghalang Tuhan? Sesiapa pun tidak dapat menghalang Tuhan. Jika demikian, mengapakah kita perlu berdoa? Untuk menjawab soalan ini, kita masih perlu berbicara sedikit tentang prinsip doa. 

Dalam seluruh Bible, terdapat beberapa prinsip asas tentang kebenaran. Prinsip doa merupakan salah satu prinsip ini. Dikbang dan dikkak, kamu harus sedar bahawa kewujudan hal doa dalam Bible merupakan sesuatu yang amat ajaib. Memang tidak salah bahawa Tuhan sudah pun mengetahui apa yang kita perlukan. Jika demikian halnya, mengapakah kita masih perlu berdoa? Menurut pandangan orang, Tuhan adalah maha tahu, maka tidak perlulah manusia berdoa. Namun menurut Bible, Tuhan memerlukan doa manusia. Berdoa bererti Tuhan ingin melakukan sesuatu hal, tetapi Tuhan sendiri tidak akan melakukannya. Tuhan ingin menunggu sehingga ada orang di bumi yang mendoakan hal yang sama, barulah Dia akan melakukannya. Tuhan mempunyai kehendak-Nya sendiri, Tuhan mempunyai tujuan-Nya sendiri, namun Dia menunggu orang berdoa. Bukannya Tuhan tidak mengetahui keperluan kita, tetapi Dia hanya akan melakukannya setelah ada orang yang berdoa. Tuhan sendiri tidak akan bergerak; Dia akan menunggu sampai ada orang yang berdoa barulah Dia bergerak. Oleh itu, sebab kita perlu berdoa ialah Tuhan tidak melakukan hal dengan sendiri. Dia hanya melakukannya setelah orang berdoa. Untuk Tuan Yesus dilahirkan, perlulah ada Simeon dan Hana yang berdoa (Luk. 2:25, 36-38). Roh Kudus ingin turun, namun perlu menunggu sehingga seratus dua puluh orang berdoa selama sepuluh hari (Kis. 1:15; 2:1-2). Inilah prinsip doa. Dapatkah kita berdoa supaya Tuhan melakukan apa yang tidak ingin dilakukan-Nya? Tidak. Akan tetapi, bagi perkara yang ingin dilakukan Tuhan, Dia perlu menunggu sehingga kita berdoa barulah Dia akan melakukannya. Pada zaman Ahab, sabda Yehova datang secara jelas kepada Elia: “Aku akan menurunkan hujan ke atas muka bumi.” Namun demikian, Elia perlu berdoa dahulu sebelum Tuhan menurunkan hujan lebat (1 Raj. 18:1, 41-45). Tuhan enggan melaksanakan kehendak-Nya secara bersendirian; Dia ingin kita berdoa, barulah Dia melaksanakan kehendak-Nya. Oleh itu, apakah itu doa? Doa bererti: Pertama, Tuhan mempunyai kehendak; kedua, kita menyentuh kehendak tersebut, lalu kita berdoa; ketiga, kita berdoa, dan Tuhan pun memakbulkan doa kita. 

Banyak orang mempunyai konsep yang salah dengan berfikir bahawa manusia berdoa kepada Tuhan kerana manusia ingin memulakan sesuatu perkara dan meminta Tuhan melakukannya. Namun demikian, Bible menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan mempunyai suatu kehendak terlebih dahulu dan Dia ingin melakukan sesuatu, lalu Dia memberitahu kita kehendak-Nya, kemudian kita pun menggunakan mulut untuk membicarakan kehendak Tuhan menurut pemahaman kita. Inilah doa. Di sini Tuan mengajar kita berdoa. Tuhan sendiri yang menghendaki nama-Nya dikuduskan, Tuhan sendiri yang menghendaki kingdom-Nya datang, dan Tuhan sendiri yang mengingini kehendak-Nya terlaksana di bumi. Namun demikian Tuhan tidak melakukannya sendiri. Dia menunggu gereja berdoa. Jika kamu berdoa, saya berdoa, dan semua anak Tuhan berdoa, maka apabila doa ini cukup banyak, nama-Nya akan dikuduskan, kingdom-Nya akan datang, dan kehendak-Nya akan terlaksana di bumi sebagaimana di syurga. Anak-anak Tuhan harus belajar berdoa begini. Kita harus selalunya ingat akan hasrat Tuhan dan apa yang ingin dilakukan-Nya. Walaupun kehendak Tuhan telah ditetapkan, namun Tuhan tidak mahu bertindak; Tuhan ingin menunggu anak-anak-Nya tergerak dalam kemahuan mereka dan rela mengungkapkan kehendak-Nya menerusi doa mereka, barulah Dia memakbulkan doa mereka. Walaupun pada penggenapan akhir, nama-Nya akan dikuduskan, kingdom-Nya akan datang, dan kehendak-Nya Tuhan akan terlaksana di bumi dalam kingdom milenium, tetapi sama ada kingdom milenium ini datang awal atau lewat bergantung pada doa anak-anak Tuhan. Prinsip asasnya ialah Tuhan tidak akan bertindak menurut kemahuan-Nya semata-mata, Dia hanya akan bertindak setelah anak-anak-Nya berdoa di bumi. 

Sesetengah perkara merupakan perkara remeh-temeh dalam kehendak Tuhan. Namun Tuhan mempunyai satu kehendak yang sangat agung; semua perkara remeh-temeh berkenaan kehendak-Nya juga terangkum dalam kehendak yang agung ini. Jika kita memberikan perhatian kepada kehendak agung Tuhan, perkara-perkara yang kecil ini juga akan disempurnakan. Tuhan mempunyai kehendak-Nya di syurga, dan Roh Tuhan menyalurkan kehendak ini ke dalam kita supaya kita menghasilkan seruan yang sama, “O Tuhan, kami meminta Engkau melakukan perkara ini.” Apabila kita berbuat demikian, Tuhan akan menyempurnakan kehendak-Nya. Inilah prinsip doa yang diwahikan dalam Bible. Kerja Tuhan hari ini dipengaruhi oleh doa kita di bumi. Kita hendaklah memohon kepada Tuhan agar membuka mata kita supaya kita dapat melihat bahawa pergerakan di syurga dipengaruhi oleh doa kita di bumi. Tuan kita telah menyatakan misteri Tuhan yang tersembunyi sejak berzaman-zaman ini. Dikbang dan dikkak, jika kamu rela mempersembahkan diri dan meluangkan masa untuk berdoa, kamu akan melihat bahawa doa sebegini bukan sahaja akan dimakbulkan Tuhan, bahkan akan beroleh ganjaran pada masa akan datang. 

Kehendak Tuhan umpama air sungai, dan doa kita laksana saliran air. Jika doa kita cukup besar, penyempurnaan doa kita juga besar. Jika doa kita terhad, maka penyempurnaan doa kita juga terhad. Kepulihbangkitan di Wales dari tahun 1903 hingga tahun 1904 merupakan kepulihbangkitan yang paling besar dalam sejarah gereja. Menerusi seorang pelombong batu arang yang bernama Evan Roberts, Tuhan telah melakukan kerja kepulihbangkitan yang besar. Dia seorang yang berpendidikan rendah tetapi doanya amat mendalam. Pada masa yang kemudian, dia tidak melakukan kerja secara awam selama lebih kurang tujuh atau lapan tahun. Pada suatu hari, seseorang dikbang bertembung dengannya dan bertanya, “Apakah yang telah kamu lakukan beberapa tahun ini?” Dia hanya menjawab dengan satu ayat ringkas, “Saya mendoakan doa kingdom.” Dikbang dan dikkak, tanpa doa, kingdom tidak akan datang. Jika saliran air tersumbat, air tidak dapat mengalir keluar. Semasa Tuan mengajar kita berdoa di sini, Dia menyatakan kehendak Tuhan dan tuntutan Tuhan ke atas kita. Bila-bila sahaja tekad anak-anak Tuhan berharmoni sepenuhnya dengan kehendak Tuhan, kingdom Tuhan benar-benar akan datang, dan kehendak Tuhan juga benar-benar akan terlaksana di bumi sebagaimana di syurga. (bersambung...)

“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 2/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 4/6)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)