Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian “BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 1/6)
KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 3/3)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 2/6)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 1/6)
2020-08-02 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (96)

Nota Editor:

“Jika doa kita adalah menurut hasrat Tuhan, maka bukan sahaja doa itu akan dikabulkan, malahan pada masa akan datang, doa ini akan diingati dan diberi ganjaran di hadapan tempat penghakiman. Oleh itu, doa yang dibicarakan di sini bukan membolehkan kita beroleh pengabulan pada hari ini, bahkan juga beroleh keadilbenaran. Dengan kata lain, doa kita hari ini ialah keadilbenaran kita.”

“‘Tetapi kamu, ketika berdoa, masuklah ke dalam bilik peribadimu, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tersembunyi, dan Bapamu yang melihat secara tersembunyi akan membalas kamu.’ Bilik peribadi di sini merupakan suatu simbol. Sinagog dan simpang jalan merujuk kepada tempat terbuka, manakala bilik peribadi merujuk kepada tempat yang tersembunyi. Dikbang dan dikkak, kamu dapat mencari bilik peribadi di sinagog, dan kamu juga dapat mencari bilik peribadi di simpang jalan. Kamu dapat mencari bilik peribadi di laluan pejalan kaki, dan kamu juga dapat mencari bilik peribadi dalam kereta. Bilik peribadi ialah tempat kamu bersekutu dengan Tuhan secara tersembunyi, yakni tempat kamu berdoa dengan tidak mempertunjukkan doa kamu secara sengaja.”

“Tujuan kita berdoa bukan untuk memaklumkan sesuatu kepada Tuhan tetapi untuk menunjukkan persandaran kita, iktikad kita, kebergantungan kita, dan hasrat hati kita.”

“BERDOALAH BEGINI”
(Bahagian 1/6)

(Ministri Doa Gereja, Bab 2)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Mat. 6:5-8 “Dan ketika kamu berdoa, jangan seperti orang munafik kerana mereka suka berdoa dengan berdiri di sinagog dan di simpang jalan agar mereka dapat dilihat orang. Sesungguhnya Aku berkata kepada kamu, Mereka sudah mendapat ganjaran mereka sepenuhnya. Tetapi kamu, ketika berdoa, masuklah ke dalam bilik peribadimu, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tersembunyi, dan Bapamu yang melihat secara tersembunyi akan membalas kamu. Dalam doamu, jangan beromong-omong kosong seperti yang dilakukan bangsa Asing; kerana mereka menyangka bahawa dengan kata yang banyak, mereka akan didengari. Oleh itu, jangan seperti mereka, kerana Bapamu sudah tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu meminta daripada-Nya.”

Semasa kita berdoa, lazimnya kita memberikan perhatian kepada pengabulan doa kita. Di sini, yang dititikberatkan oleh Tuan Yesus bukan pengabulan doa, tetapi ganjaran doa. Apakah asasnya kita berkata demikian? Asasnya ialah perkataan “ganjaran” yang disebut Tuan dalam ayat 5, yang sama perkataannya dengan “ganjaran” bersedekah yang digunakan dalam petikan sebelumnya (ay. 2) dan “ganjaran” berpuasa dalam petikan seterusnya (ay. 16). Sekiranya ganjaran ini merujuk kepada pengabulan doa, apakah pula ganjaran untuk bersedekah dan berpuasa? Menurut konteks di sini, ganjaran ini merujuk kepada ganjaran yang akan diperoleh dalam kingdom. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa pengabulan doa bukan perkara yang paling penting; perkara yang lebih penting ialah berdoa untuk mendapat ganjaran. Jika doa kita adalah menurut hasrat Tuhan, maka bukan sahaja doa itu akan dikabulkan, malahan pada masa akan datang, doa ini akan diingati dan diberi ganjaran di hadapan tempat penghakiman. Oleh itu, doa yang dibicarakan di sini bukan membolehkan kita beroleh pengabulan pada hari ini, bahkan juga beroleh keadilbenaran. Dengan kata lain, doa kita hari ini ialah keadilbenaran kita. 

Namun demikian, untuk beroleh keadilbenaran dalam doa, kita tidak boleh berdoa dengan semberono, beromong-omong tanpa keikhlasan, berdoa secara kebiasaan, atau berdoa dengan motif yang tidak wajar. Dari satu segi, Tuan mengajar kita agar jangan berdoa mengikut cara dua jenis orang. Dari segi yang lain, Tuan telah memberi kita satu contoh doa. Marilah kita melihat dahulu doa dua jenis orang yang tidak harus kita ikuti. 

JANGAN SEPERTI ORANG MUNAFIK YANG BERDOA UNTUK DILIHAT ORANG 

Tuan berkata, “Dan ketika kamu berdoa, jangan seperti orang munafik kerana mereka suka berdoa dengan berdiri di sinagog dan di simpang jalan agar mereka dapat dilihat orang. Sesungguhnya Aku berkata kepada kamu, Mereka sudah mendapat ganjaran mereka sepenuhnya.” Pada asalnya berdoa adalah untuk bersekutu dengan Tuhan supaya mengekspresikan kemuliaan Tuhan. Namun, orang munafik telah menggunakan doa yang sepatutnya memuliakan Tuhan untuk memuliakan diri sendiri. Oleh itu, mereka suka berdoa di sinagog dan di simpang jalan. Mereka sengaja berbuat demikian untuk dilihat orang, kerana sinagog dan simpang jalan ialah tempat terbuka, tempat orang lalu-lalang. Mereka berdoa bukan untuk didengari Tuhan, tetapi untuk dilihat orang. Mereka ingin memperagakan diri sendiri. Doa mereka sebegini amat cetek dan tidak boleh dianggap sebagai doa kepada Tuhan, dan juga tidak boleh dianggap sebagai persekutuan dengan Tuhan. Motif di sebalik doa sebegini adalah untuk beroleh kemuliaan daripada orang. Tidak ada sedikit pun simpanan di hadapan Tuhan. Oleh itu, mereka tidak dapat memperoleh apa-apa daripada Tuhan. Hari ini mereka telah mendapat ganjaran mereka, yakni mendapat pujian orang. Oleh itu, tidak ada apa-apa lagi yang boleh diingati dalam kingdom akan datang. 

Jika demikian, ketika kita berdoa, apakah yang harus kita lakukan? Tuan berkata, “Tetapi kamu, ketika berdoa, masuklah ke dalam bilik peribadimu, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tersembunyi, dan Bapamu yang melihat secara tersembunyi akan membalas kamu.” Bilik peribadi di sini merupakan suatu simbol. Sinagog dan simpang jalan merujuk kepada tempat terbuka, manakala bilik peribadi merujuk kepada tempat yang tersembunyi. Dikbang dan dikkak, kamu dapat mencari bilik peribadi di sinagog, dan kamu juga dapat mencari bilik peribadi di simpang jalan. Kamu dapat mencari bilik peribadi di laluan pejalan kaki, dan kamu juga dapat mencari bilik peribadi dalam kereta. Bilik peribadi ialah tempat kamu bersekutu dengan Tuhan secara tersembunyi, yakni tempat kamu berdoa dengan tidak mempertunjukkan doa kamu secara sengaja. “Masuklah ke dalam bilik peribadimu, tutup pintu” bermakna menutup diri dari dunia di luar. Dengan kata lain, kamu tidak mempedulikan sebarang bunyi di luar, kamu ingin berdoa kepada Tuhan kamu sahaja secara senyap. 

Dengan demikian, “berdoalah kepada Bapamu yang tersembunyi, dan Bapamu yang melihat secara tersembunyi akan membalas kamu.” Alangkah besarnya pelipuran ini! Untuk berdoa kepada Bapa yang tersembunyi, kita memerlukan iktikad. Walaupun kamu tidak terasa apa-apa di luar, tetapi kamu harus percaya bahawa ketika kamu berdoa, kamu berdoa kepada Bapa yang tersembunyi! Dia tersembunyi di tempat yang tidak dikesan mata orang, tetapi sesungguhnya Dia ada di situ. Ketika kamu berdoa, Dia tidak memandang ringan doa kamu; Dia melihat kamu. Ini menunjukkan betapa banyaknya Dia memberikan perhatian terhadap doa kamu. Dia tidak sekadar melihat secara tersembunyi, bahkan Dia akan membalas kamu. Dikbang dan dikkak, dapatkah kamu percaya akan kata-kata ini? Dikbang dan dikkak, Tuan mengatakan Dia akan membalas kamu, ertinya Dia akan membalas kamu. Tuan menjamin bahawa doa kita yang tersembunyi ini tidak akan menjadi sia-sia. Jika kamu berdoa dengan sungguh-sungguh, Bapa akan membalas kamu. Biarpun seolah-olah doa kamu tidak dibalas hari ini, suatu hari nanti doa itu pasti akan dibalas. Dikbang dan dikkak, adakah doa kamu secara tersembunyi ini layak dilihat Bapa secara tersembunyi? Adakah kamu percaya bahawa Bapa yang melihat secara tersembunyi akan membalas kamu?

JANGAN BEROMONG-OMONG KOSONG SEPERTI YANG DILAKUKAN BANGSA ASING

Tuan bukan sahaja mengajar kita agar jangan berdoa dengan tidak mendedahkan diri, Dia juga mengajar kita dengan berkata, “Dalam doamu, jangan beromong-omong kosong seperti yang dilakukan bangsa Asing; kerana mereka menyangka bahawa dengan kata yang banyak, mereka akan didengari.” Makna “beromong-omong kosong” dalam bahasa Yunani bermaksud bunyi yang berulang-ulang dan senada yang dihasilkan oleh seseorang yang gagap. Ketika sesetengah orang berdoa, mereka mengulangi kata-kata yang sama dalam nada yang sama. Doa jenis ini hanya mengeluarkan suara namun tidak membawa apa-apa makna. Jika kamu berdiri di sebelah mereka untuk mendengar doa mereka, kamu seolah-olah sedang berdiri di tebing sungai dan mendengar bunyi air memukul batu, yang berulang-ulang dan senada. Keadaan ini juga umpama kamu berdiri di jalan batu, dan mendengar bunyi roda kereta menggelek batu-batu kelikir di jalan, yang berulang-ulang dan senada. Mereka mengucapkan kata-kata yang sama berulang kali. Mereka menyangka bahawa dengan kata yang banyak doa akan lebih berkesan dan dimakbulkan. Namun demikian, doa jenis ini tidak berguna, tidak berkesan, dan tidak harus kita contohi. 

Dikbang dan dikkak, kata-kata doa kita janganlah hanya ada bunyi tanpa makna. Doa banyak orang dalam perhimpunan doa adalah tidak bermakna. Apabila mereka berdoa dan kamu tidak berkata Amen, mereka akan mengatakan bahawa kamu tidak sehati dengan mereka. Akan tetapi, apabila mereka berdoa dan kamu berkata Amen, mereka akan terus mengulangi kata-kata yang sama. Mereka berdoa bukan berdasarkan hasrat yang hendak dicapai tetapi berdasarkan suasana keriuhan. Mereka berdoa bukan untuk melepaskan bebanan dalaman, tetapi sekadar ingin menghabiskan set ucapan. Banyak doa dipersembahkan di bawah pengaruh orang, dan banyak kata diungkapkan dengan melangkaui hasrat seseorang. Doa-doa ini umpama bunyi air sungai memukul batuan; doa-doa ini laksana bunyi roda kereta menggelek batu kelikir. Doa sebegini hanya ada bunyi tanpa makna. Doa jenis ini tidak harus kita contohi. 

Tuan berkata, “Oleh itu, jangan seperti mereka, kerana Bapamu sudah tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu meminta daripada-Nya.” Ini menunjukkan kepada kita bahawa sama ada doa kita dikabulkan Tuhan atau tidak adalah berdasarkan sikap kita di hadapan Tuhan dan berdasarkan keperluan kita. Sama ada doa dimakbulkan atau tidak bukan berdasarkan berapa banyak kata kita. Jika apa yang kita pohon bukan apa yang kita perlukan, maka tidak kira berapa banyak kata kita pun doa itu tidak akan didengari. Jika kita memohon sesuatu yang bukan keperluan kita, itulah ketamakan dan permohonan sembarangan. Tuhan bergirang untuk memberi kita apa yang kita perlukan. Namun demikian, Dia tidak ingin memuaskan hasrat kita yang untuk kepentingan diri sendiri. Ada pula orang yang mengatakan bahawa Tuhan sudah tahu dari awal-awal lagi apa yang kita perlukan, maka tidak perlulah kita pohon. Kata-kata ini adalah jahil. Tujuan kita berdoa bukan untuk memaklumkan sesuatu kepada Tuhan tetapi untuk menunjukkan persandaran kita, iktikad kita, kebergantungan kita, dan hasrat hati kita. Oleh itu, kita seharusnya berdoa. Namun ketika berdoa, hasrat dan iktikad kita haruslah melangkaui kata-kata kita. (bersambung...)

KESAKSIAN YESUS—KHUSUS DAN BERKONSUMASI (Bahagian 3/3)
“BERDOALAH BEGINI” (Bahagian 2/6)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)