Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Bagaimana Menghadapi Serangan Syaitan
Membongkar Tipu Helah Syaitan dan Berdiri Menentangnya
Apakah Perbezaan antara Teguran Roh Kudus dan Tuduhan Syaitan?
Bagaimana Menghadapi Serangan Syaitan
2017-08-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Semua sekitaran kita diatur Tuhan. Namun, terdapat banyak hal dalam sekitaran kita merupakan kerja Syaitan yang secara langsung dan aktif walaupun dibenarkan Tuhan. Apakah yang harus kita buat tentang serangan Syaitan dalam sekitaran?

Pertama, kita harus merendahkan diri kita di bawah tangan Tuhan yang perkasa. Yakobus 4 dan 1 Petrus 5 memberitahu kita agar berdiri menentang Syaitan. Kedua-dua bahagian ayat ini juga memberitahu kita agar merendahkan diri kita di hadapan Tuhan. Apabila Syaitan menyerang kita dalam sekitaran, tindak balas kita yang pertama ialah tunduk kepada Tuhan. Jika kita tidak tunduk kepada Tuhan, kita tidak dapat berdiri menentang iblis. Zimah kita akan mengutuk jika kita berdiri menentang iblis tanpa tunduk kepada Tuhan. Oleh itu, tindak balas kita yang pertama ialah kita harus tunduk kepada Tuhan.

Kedua, kita harus berdiri menentang iblis. Apabila anak-anak Tuhan menemui perkara yang tidak munasabah dan tidak dapat diterangkan dalam sekitaran mereka, tetapi mempunyai perasaan yang jelas dalam diri mereka bahawa ini serangan daripada Syaitan, mereka harus berdiri menentangnya. Sebaik sahaja mereka berdiri menentang, serangan itu akan berlalu. Dari satu segi, mereka harus merendahkan diri mereka di bawah tangan Tuhan. Dari segi lain, mereka harus berdiri menentang kerja Syaitan dalam sekitaran. Apabila mereka merendahkan diri mereka, dan sikap mereka di hadapan Tuhan adalah betul, Tuhan akan menunjukkan kepada mereka bahawa Syaitanlah yang menyebabkan mereka begini, bukan Tuhan. Dengan ini, mereka dapat membezakan pengaturan Tuhan daripada serangan Syaitan. Sebaik sahaja mereka jelas dan sebaik sahaja mereka berdiri menentang iblis, serangan akan berlalu.

Ketiga, kita harus menolak ketakutan. Semasa Syaitan bekerja atas anak-anak Tuhan, dia perlu mencari satu tapak. Dia tidak dapat bekerja jika dia tidak ada tapak. Oleh itu, serangannya yang pertama ialah mendapatkan satu tapak pendirian; kemudian dia menyerang kita dari tapak pendirian ini. Jika kita tidak memberi sebarang tapak kepadanya, itulah kemenangan kita. Satu tapak yang boleh menjadi kubu Syaitan yang paling besar ialah ketakutan. Apabila Syaitan cuba meletakkan kita dalam cubaan, perkara pertama yang dilakukannya ialah meletakkan ketakutan ke dalam kita. Seorang dikkak yang berpengalaman pernah berkata, “Semua ketakutan ialah kad nama Syaitan.” Sebaik sahaja kamu menerima ketakutan, Syaitan pun menyusup masuk. Jika kamu menolak ketakutan, dia tidak dapat masuk.

Satu Petrus 5:8-9, “Hendaklah kamu berhemat; berjaga-jaga. Seterumu, iblis, seperti singa yang mengaum, berjalan ke sana sini mencari orang untuk dibaham. Berdirilah menentang dia, kukuh dalam iktikadmu.” Sabda Tuhan menunjukkan kepada kita dengan jelas bahawa cara untuk berdiri menentang Syaitan adalah dengan iktikad. Tanpa iktikad, kita tidak ada cara untuk berdiri menentangnya.

Bagaimanakah Syaitan menggoda kita? Dia menyebabkan kita lupa akan kedudukan dan kemenangan kita sendiri. Dia membutakan mata kita agar kita tidak dapat melihat kemenangan kita sendiri. Jika kita menerima godaannya, kita akan berasa bahawa kemenangan adalah jauh daripada kita dan di luar pencapaian kita. Oleh itu, kita menanggulangi kerja Syaitan melalui kerja Tuan Yesus. Kita berdiri menentang Syaitan menerusi manifestasi, kematian, kebangkitan, dan kenaikan-Nya ke syurga. Kini kita berdiri atas segala kerja yang disempurnakan Tuan. Jika Syaitan datang menyerang kita, jangan kita sekali-kali cuba hendak menang. Sebaik sahaja kita mempunyai sedikit niat bahawa “saya mahu menang”, kita sudah gagal kerana kedudukan kita salah. Betapa besarnya perbezaan antara orang yang cuba mahu jayeng dan orang yang berdiri menentang dengan pengetahuan bahawa dia sudah menang. Berdiri menentang iblis bermaksud berdiri menentang dia dengan kemenangan Tuan.

Membongkar Tipu Helah Syaitan dan Berdiri Menentangnya
Apakah Perbezaan antara Teguran Roh Kudus dan Tuduhan Syaitan?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)