Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian BAGAIMANA MENGENALI KEHENDAK TUHAN (Bahagian 1/2)
Syarat Utama Untuk Kemajuan Rohani (Bahagian 2/2)
BAGAIMANA MENGENALI KEHENDAK TUHAN (Bahagian 2/2)
BAGAIMANA MENGENALI KEHENDAK TUHAN (Bahagian 1/2)
2020-06-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (36)

Nota Editor:

“Roh Kudus berada dalam manusia, dan roh manusia yang dilahirukan itu telah menjadi manusia baru, manusia dalaman...Hayat dalaman dihalang oleh manusia luaran. Oleh itu, manusia luaran harus ditanggulangi. Jika tidak, manusia akan menghadapi banyak halangan semasa melayan Tuan.”

“Sejurus selepas seseorang itu percaya, dia harus mempersembahkan dirinya kepada Tuan. Mempersembahkan diri bererti menyerahkan manusia luaran seseorang itu kepada Tuan agar manusia luaran menjadi milik Tuan sebagaimana manusia dalaman ialah milik Tuan...Oleh itu, kita bukan sahaja harus percaya kepada Tuan, diselamatkan dan dilahirukan. Kita juga harus mempersembahkan manusia luaran kita kepada Tuan. Jika seseorang itu rela mempersembahkan minda, emosi, dan tekadnya kepada Tuan secara mutlak, dia akan menghidup keluar hayat Tuan.”

“Setiap daripada kita sepatutnya sudah jelas tentang perkara ini. Kehendak Tuhan hanya diwahikan kepada orang yang telah mempersembahkan tekad mereka kepada-Nya. Dia tidak memaksa kita. Dia akan menunggu sampai kita sudi. Jika kamu tidak mengenali kehendak Tuhan, itu bukan masalah besar; apa yang lebih penting ialah seseorang itu sudi memilih kehendak Tuhan.”

BAGAIMANA MENGENALI KEHENDAK TUHAN
(Bahagian 1/2)

(CWWN SET 2, JIL 42, BAB 34)

Tarikh: 15 Oktober 1936, waktu pagi
Tempat: Xiamen

**Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Ef. 5:17 “Oleh itu, jangan menjadi jahil; sebaliknya, fahami apa itu kehendak Tuan.”

Luk. 22:42b “Bukan kehendak-Ku tetapi kehendak-Mu yang terlaksana.”

SOAL ORANG DAN BUKANNYA SOAL TEKNIKAL

Anak-anak Tuhan dapat mengenali kehendak Tuhan dan harus mengenali kehendak Tuhan. Mengenali kehendak Tuhan merupakan soal orang dan bukannya soal teknikal. Apabila Tuan menarik hati orang kepada diri-Nya, Dia memikat sesetengah orang menerusi minda, sesetengah orang menerusi emosi, dan ada lagi yang menerusi tekad. Secara amnya, bilangan orang yang tertarik menerusi tekad itu adalah yang paling sedikit. Banyak orang suka akan kebenaran Bible. Mereka ingin mengenali lebih banyak berkenaan kebenaran-kebenaran ini, dan mereka juga berharap agar orang lain dapat dididik-bina dalam kebenaran. Mereka banyak mengkaji Bible dan berpengetahuan dalam pentafsiran Bible. Apabila mereka tidak memahami pentafsiran suatu petikan, mereka berasa susah hati. Apabila mereka dapat memahaminya, mereka sangat gembira. Orang seperti ini menyentuh Bible dengan minda mereka. Mereka ini tidak semestinya dapat menjadi orang Kristian yang wajar. Sudah tentu tanpa minda, susah untuk menjadi seorang Kristian yang wajar. Akan tetapi, mereka yang hanya mempunyai pemahaman mental terhadap doktrin-doktrin semestinya tidak dapat menjadi orang Kristian yang wajar.

Terdapat sekumpulan lagi orang Kristian yang tidak begitu bijak. Mereka tidak mengetahui banyak perkara, tetapi mereka amat bersungguh hati. Mereka mudah ketawa dan menangis. Mereka kaya dari segi emosi. Apabila mereka tersentuh dengan sabda Bible, mereka mudah tergerak sampai menangis atau ketawa. Mereka hanya bekerja ketika berasa membara-bara dalam hati. Semasa mereka bersungguh hati, mereka akan menginjil kepada sesiapa sahaja yang ditemui mereka, sehinggakan tidak dapat berhenti biarpun suara sudah serak. Ke mana sahaja mereka pergi, mereka membawa suasana yang teruja. Akan tetapi, selepas lenyapnya kesungguhan hati itu, bahkan sepuluh orang pun tidak dapat mengerakkan mereka. Terdapat sejenis orang lagi yang mempunyai sukma yang besar. Mereka boleh dirangsang dengan cepat, dan mereka dapat merangsang banyak orang apabila hati mereka membara-bara. Mereka dapat menangis bersama dengan orang lain atau ketawa bersama dengan orang lain, namun selepas beberapa waktu, mereka mungkin tidak dapat membawa seorang pun kepada Tuan. Mereka ini menyentuh orang dengan emosi mereka. Apabila mereka dirangsang, mereka memandang tinggi akan diri sendiri. Namun, ketika mereka menjadi dingin, mereka langsung tidak bergerak. Orang Kristian sebegini tidak banyak berguna kepada Tuan.

Katakan seseorang itu mempunyai minda yang jelas di hadapan Tuan, mempunyai emosi yang wajar, pengetahuan Bible yang baik, serta bersungguh hati melayan orang. Semua ini amat baik, namun sekiranya dia tidak pernah disentuh oleh Tuan, dia tidak dapat melayan secara wajar. Dia perlu disentuh dari segi tekad. Jika roh seseorang itu mati di hadapan Tuhan, dia sama sekali tidak berguna di mata Tuhan. Roh harus dilahirukan. Syukur kepada Tuan kerana roh kita hari ini ialah roh yang baru, roh yang dilahirukan. Roh yang dilahirukan ialah manusia dalaman kita. Setiap orang Kristian telah menerima hayat yang sama daripada Tuhan dalam rohnya; tidak ada perbezaan antara dia dengan orang lain. Roh yang huni dalam seorang dikbang yang lemah merupakan Roh yang sama yang huni dalam Paulus. Asalkan kita kepunyaan Tuan, ciptaan baru dalam roh kita adalah sama dengan orang lain. Tuhan tidak menerima orang berdasarkan penampilan. Akan tetapi, apabila manusia dalaman menghidup keluar hayat Tuan, tahap ekspresi pada setiap orang mungkin mempunyai perbezaan yang besar. Perbezaan ini berkaitan dengan konstitusi alamiah manusia. Minda, emosi, dan tekad ialah fakulti manusia yang asal dan sejadi. Roh Kudus berada dalam manusia, dan roh manusia yang dilahirukan itu telah menjadi manusia baru, manusia dalaman. Namun dia masih mempunyai manusia luaran, manusia lama, iaitu manusia asal di luarnya. Manusia luaran ini kepunyaan dosa. Manusia lama telah ditanggulangi di atas salib, tetapi hayat ciptaan lama masih kekal ada. Oleh sebab manusia dalaman yang baru hanya dapat diekspresikan menerusi manusia luaran, maka ekspresi dan manifestasi adalah berbeza dalam orang yang berlainan. Hayat dalaman dihalang oleh manusia luaran. Oleh itu, manusia luaran harus ditanggulangi. Jika tidak, manusia akan menghadapi banyak halangan semasa melayan Tuan.

MANUSIA LUARAN DITANGGULANGI OLEH TUHAN

Untuk seseorang percayawan yang telah diselamatkan dan dilahirukan itu menghidup keluar hayat Tuan, dia perlu mengambil dua langkah. Langkah pertama ialah percaya, iaitu menerima hayat baru. Langkah kedua ialah mempersembahkan dirinya, iaitu menyerahkan manusia luarannya kepada Tuan untuk membenarkan hayat baru dalamnya diekspresikan. Hal ini adalah seperti satu hartanah yang terdiri daripada sebuah rumah dan tanah di sekeliling rumah itu. Kita boleh menganggap bahawa rumah itu ialah manusia dalaman dan tanah di sekeliling rumah itu ialah manusia luaran. Jika rumah itu milik seseorang, tetapi tanah di sekeliling pula bukan miliknya, maka masalah akan timbul. Oleh itu, sejurus selepas seseorang itu percaya, dia harus mempersembahkan dirinya kepada Tuan. Mempersembahkan diri bererti menyerahkan manusia luaran seseorang itu kepada Tuan agar manusia luaran menjadi milik Tuan sebagaimana manusia dalaman ialah milik Tuan. Hari ini banyak percayawan berada dalam keadaan yang tergantung. Apabila kamu bertanya kepada mereka sama ada mereka telah diselamatkan atau tidak, mereka menjawab ya. Mereka telah diselamatkan tetapi manusia luaran mereka belum ditanggulangi. Hayat dalaman mereka terhalang dan tidak dapat diekspresikan. Oleh itu, kita bukan sahaja harus percaya kepada Tuan, diselamatkan dan dilahirukan. Kita juga harus mempersembahkan manusia luaran kita kepada Tuan. Jika seseorang itu rela mempersembahkan minda, emosi, dan tekadnya kepada Tuan secara mutlak, dia akan menghidup keluar hayat Tuan.

Masalah hari ini ialah banyak orang telah mempersembahkan diri mereka, namun persembahan mereka tidak mutlak. Mereka membuat persembahan menurut kesukaan sendiri. Mereka mempersembahkan hal-hal tertentu apabila mereka berasa hendak berbuat demikian, dan mereka tidak mempersembahkan hal-hal tertentu yang tidak ingin dipersembahkan mereka. Kebanyakan orang hidup dalam minda dan emosi mereka untuk memuaskan tubuh daging mereka. Banyak orang yang berkomunikasi dengan Tuan menerusi minda dan emosi mereka. Jarang-jarang ada orang yang berkomunikasi dengan Tuan menurut tekad mereka. Dalam kalangan orang Kristian, banyak yang menyukai doktrin-doktrin dalam Bible. Jika ada seseorang yang dapat menjelaskan Matius 24 atau Wahi dengan baik, banyak orang ingin mendengarnya. Mendengar mesej tidak memerlukan banyak usaha dan tidak perlu membayar harga. Selepas mendengar satu mesej yang baik, mereka pulang ke rumah dengan gembira tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku selanjutnya. Ada orang pula yang amat kuat dari segi emosi. Mereka sentiasa bekerja untuk Tuan secara aktif. Sudah tentu mereka lebih baik daripada orang yang beremosi dingin, namun mereka begitu tidak stabil seperti ombak lautan. Mereka mungkin bersungguh-sungguh menyediakan satu mesej. Selepas menyampaikan mesej itu, secara diam-diam mereka mungkin berfikir dalam hati sendiri: “Bagusnya mesej saya ini, banyak orang telah dibantu, dan hadirin juga diyakinkan.” Mereka mungkin terlalu gembira sampai tidak dapat tidur pada waktu malam. (Kebanyakan orang tidak dapat tidur kerana kesakitan; tetapi mereka ini tidak dapat tidur kerana gembira.) Mereka memuaskan diri dengan aktiviti tubuh daging. Walaupun di luar mereka nampaknya melayan Tuan, namun sebenarnya mereka memuaskan diri sendiri. Mereka tidak menyerahkan tekad mereka dengan sepenuhnya kepada Tuan. Mereka harus mempersembahkan tekad mereka secara mutlak kepada Tuan dan ditanggulangi-Nya. Mereka harus juga membenarkan Dia menguasai minda dan emosi mereka supaya mereka tidak bertindak menurut minda mereka yang aktif atau menurut dorongan emosi mereka. Dengan demikian barulah mereka mempunyai pelayanan yang sejati kepada Tuan.

SYARAT MENGENALI KEHENDAK TUHAN

Saya tidak suka mendengar pertanyaan orang tentang bagaimana mengenali kehendak Tuhan. Setiap daripada kita sepatutnya sudah jelas tentang perkara ini. Kehendak Tuhan hanya diwahikan kepada orang yang telah mempersembahkan tekad mereka kepada-Nya. Dia tidak memaksa kita. Dia akan menunggu sampai kita sudi. Jika kamu tidak mengenali kehendak Tuhan, itu bukan masalah besar; apa yang lebih penting ialah seseorang itu sudi memilih kehendak Tuhan. Kita harus berkata kepada Tuan, “Bukan menurut kehendakku, tetapi menurut kehendak-Mu.” Apabila kita rela melepaskan diri kita, kita akan mengenali kehendak Tuhan. Pernah sekali dalam satu perhimpunan dikkak-dikkak di Hangchow, dua orang dikkak bertanya kepada saya tentang sama ada kehendak Tuhan adalah berdasarkan sekitaran, berdasarkan Bible, atau berdasarkan apa-apa prinsip lain. Apabila saya mendengar kata ini, hati saya tenggelam, dan saya menjawab secara keras (walaupun hati saya tidak keras), dengan berkata, “Mengenali kehendak Tuhan bukan soal cara. Kamu mungkin mempunyai cara yang betul, dan kamu mungkin mengikut cara ini langkah demi langkah, tetapi kamu masih tidak mengenali kehendak Tuhan.” Sedang saya berbicara, mata saya menatap dua orang dikkak itu. Kemudian saya bertanya, “Kamu ini orang jenis apa? Siapakah kamu? Mengenali kehendak Tuhan berkaitan dengan orang itu sendiri. Jika seseorang itu tidak betul, semua cara adalah tidak berguna. Dapatkah Tuhan mewahikan kehendak-Nya kepada orang seperti kamu? Kamu tidak perlu bertanyakan banyak soalan, dan kamu tidak perlu bertanyakan cara-cara Tuhan. Tuhan dapat mewahikan kehendak-Nya dengan banyak cara; Dia dapat mewahikannya menerusi angin, petir, ataupun menerusi seorang budak atau seekor keldai. Kamu hanya perlu bertanyakan sama ada orang seperti kamu ini layak mengenali kehendak Tuhan atau tidak.”

Dalam Kejadian 18, ketika Tuhan sudah hendak memusnahkan kota Sodom, Dia datang kepada Abraham kerana Dia tidak boleh menyembunyikan perkara ini daripadanya. Abraham ialah sahabat Tuhan (Yak. 2:23). Dia bukan abdi Tuhan, kerana abdi tidak mengetahui minda tuannya; hanya sahabat yang mengetahui minda sahabatnya (Yoh. 15:15). Tidak ada halangan di antara Abraham dan Tuhan. Inilah sebabnya Tuhan tidak dapat menyembunyikan apa yang hendak dilakukan-Nya. Lot ialah saudara Abraham; dia mungkin mempunyai banyak pengetahuan rohani, namun Tuhan tidak berbicara dengan Lot. Sekiranya Lot datang kepada saya dan bertanya, “Bagaimana saya dapat mengenali kehendak Tuhan?”, bukankah itu suatu jenaka? Abraham layak mengenali kehendak Tuhan, tetapi Lot tidak layak. Sekalipun Lot mempunyai semua pengetahuan, namun semua itu tidak berguna. Lot masih lagi Lot. Siapakah kamu? Adakah kamu Abraham atau kamu Lot? Hari ini banyak orang memberi perhatian kepada cara mengenali kehendak Tuhan. Cara memang perlu dipelajari, tetapi yang belajar itu haruslah Abraham. Jika Lot yang mempelajari cara itu, cara yang terbaik pun tidak berguna kerana dia seorang yang hidup dalam dunia. Dia tidak menanggulangi dunia dan kedudukannya. Hari ini kita harus menerapkan cahaya Tuhan untuk melihat sama ada terdapat dosa-dosa dalam kita, baik yang besar atau yang kecil. Adakah kita melakukan apa-apa ketidakadibenaran? Adakah kita berhutang kepada sesiapa? Adakah kelakuan kita semberono, atau adakah pertuturan, tindak-tanduk, dan sikap kita tidak betul? Adakah kita masih enggan melepaskan sesuatu? Semua dosa yang besar dan kecil di hadapan Tuhan ini menjejaskan keupayaan kita untuk mengenali kehendak Tuhan. (bersambung...)

Syarat Utama Untuk Kemajuan Rohani (Bahagian 2/2)
BAGAIMANA MENGENALI KEHENDAK TUHAN (Bahagian 2/2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)