Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (313)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (312)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (314)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (313)
2021-03-08 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (313)

Bacaan Bible:

Kol. 1:27   …Tuhan berhasrat untuk menyingkapkan apa itu kekayaan kemuliaan misteri ini dalam kalangan bangsa Asing, iaitu Kristus dalam kamu, harapan kemuliaan.

Kol. 3:10-11   Dan telah memakai manusia baru…dalamnya…Kristus ialah segala dan dalam segala..

Barangkali kamu tidak tahu bagaimana Kristus dapat menjadi segala dalam manusia baru. Untuk hal ini menjadi satu realiti, kita harus mengambil Kristus sebagai hayat kita dan berhidupkan-Nya, bukan diri kita sendiri. Sekiranya Kristus ialah kehidupan semua pekudus, maka dalam manusia baru hanya akan ada Kristus.…Tidak kira apa jua kewarganegaraan semua pekudus, mereka semua berhidupkan Kristus. Kemudian, secara benar dan praktikal, Kristus akan menjadi semua anggota manusia baru. Kristus akan menjadi kamu, dan Kristus akan menjadi saya. Oleh sebab kita semua berhidupkan Kristus dan bukannya diri kita, Kristus akan menjadi kita semua, yakni setiap anggota manusia baru.

Dalam Kolose 3:11 Paulus berbicara bahawa Kristus bukan sahaja ialah segala, malah Dia juga berada dalam segala. Dengan kata lain, dari satu aspek Kristus ialah semua anggota, dan dari aspek yang lain, Dia berada dalam semua anggota. Memandangkan Paulus telah mengatakan bahawa Kristus ialah segala, mengapakah Paulus masih perlu mengatakan bahawa Kristus berada dalam segala? Seandainya Paulus tidak mengatakan bahawa Kristus berada dalam segala, dan cuma mengatakan bahawa Dia ialah segala, kita akan berfikir bahawa dalam manusia baru hanya Kristus sahaja yang diperlukan dan kita tidak diperlukan. Kita tidak seharusnya berfikir bahawa memandangkan Kristus ialah semua anggota dalam manusia baru, kita tidak terbilang apa-apa dan tidak diperlukan. Dari satu segi, Bible mengatakan bahawa dalam manusia baru tidak ada tempat bagi persona alamiah kerana Kristus ialah semua anggota. Akan tetapi, dari segi yang lain, Paulus mengatakan bahawa Kristus berada dalam semua anggota. Hakikat bahawa Kristus berada dalam anggota manusia baru menunjukkan bahawa anggota tetap wujud.

Apabila kita mengambil Kristus sebagai hayat kita dan hidup bersama dengan-Nya, mencari hal-hal di atas, kita akan ada perasaan dalam lubuk hati bahawa kita adalah satu dengan Kristus dan Kristus ialah kita. Akan tetapi, pada masa yang sama kita juga mempunyai satu perasaan yang lebih mendalam bahawa Kristus berada dalam kita. Oleh itu, memang benar untuk mengatakan bahawa Kristus berada dalam kita dan Kristus ialah kita. Kita ialah sebahagian daripada manusia baru dengan mempunyai Kristus berada dalam kita. Kita masih terus wujud, tetapi kita tidak wujud tanpa Kristus; kita ialah orang yang dihuni secara dalaman oleh Kristus. Kini kita dapat bergirang dan berkata kepada Tuan, “Tuan Yesus, semasa aku mengambil Engkau sebagai hayatku dan hidup bersama dengan-Mu, Engkau ialah aku. Aku sama sekali satu dengan-Mu. Namun Tuan, aku masih di sini, kerana Engkau berada dalamku. Aku berada di sini, tetapi aku juga berada di sini bersama dengan-Mu.” Menurut pengalaman kita, kita semua dapat memberi kesaksian sebegini. Apabila kita berhidupkan Kristus dan menjadi satu dengan-Nya, kita berkata, “Tuan Yesus, ini bukan aku, tetapi Engkau.” Namun, pada masa yang sama, kita mempunyai perasaan bahawa kita bersama dengan Tuan dan Tuan berada dalam kita.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 3, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (312)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (314)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)