Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (312)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (311)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (313)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (312)
2021-03-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (312)

Bacaan Bible:

Kol. 4:16   …Apabila surat ini dibaca dalam kalangan kamu, usahakan agar dibaca juga dalam gereja orang Laodikia, dan agar kamu turut membaca surat dari Laodikia.

Wahi 1:11-12   …Apa yang kamu lihat, tulislah…dan kirimkannya kepada tujuh gereja itu: ke Efesus…dan ke Laodikia. Dan aku berpaling untuk melihat suara yang berbicara denganku; setelah aku berpaling, aku nampak tujuh kaki pelita emas.

Kewujudan dan kehidupan manusia baru secara praktikal merupakan perkara yang amat penting. Empayar Rom merangkumi kawasan yang luas dan mencakupi pelbagai bangsa. Dalam usaha menyatukan masyarakat dari segi budaya, Empayar Rom menggunakan bahasa Yunani. Namun demikian, Empayar Rom tidak berjaya menyatukan orang daripada pelbagai bangsa. Perbezaan dalam kalangan bangsa, kaum, dan taraf sosial masih wujud. Orang Yahudi tetap orang Yahudi, dan orang Yunani tetap orang Yunani. Perbezaan antara abdi dengan tuan tetap tidak dapat disingkirkan. Namun, biarpun terdapat semua perbezaan antara bangsa, kaum, dan taraf, di bumi masih terdapatnya satu manusia baru yang praktikal yang dicipta dalam Kristus Yesus. Bukan sekadar terdapatnya gereja-gereja lokal di kota berlainan, malah terdapat juga satu manusia baru yang benar dan praktikal. 

Dalam hati Paulus, bukan hanya ada gereja lokal atau percayawan tertentu, malah ada satu manusia baru. Paulus mengenali banyak pekudus. Namun dalam ayat-ayat yang disampaikan demi persekutuan, dia menyebut tentang orang tertentu yang merupakan wakil bagi banyak orang; mereka ini mengambil Kristus sebagai konstituen mereka bagi membentuk manusia baru. Dengan cara ini, dia mempersembahkan gambaran yang lengkap berkenaan kehidupan manusia baru. Beban saya dalam mesej ini ialah kita akan mempunyai tanggapan yang dalam terhadap butir yang amat penting ini.

Jika kita sedar berkenaan satu manusia baru, kita tidak harus lagi berfikir bahawa gereja-gereja di negara kita tidak ada kena-mengena dengan gereja-gereja di negara yang lain. Sebaliknya, kita akan sedar bahawa semua gereja hari ini ialah satu manusia baru. Semoga kita memandang kepada Tuan agar kita tidak menjadi berpuak-puak biar sedikit pun. Kita tidak seharusnya menjadi berpuak-puak baik secara individu sebagai percayawan mahupun secara korporat sebagai gereja lokal.… Jika pada zaman Paulus perjalanan tidak mudah, namun masih terdapatnya perhubungan dua hala dalam kalangan gereja, bukankah hari ini lebih-lebih lagi harus adanya perhubungan sedemikian dengan adanya kemudahan-kemudahan moden? Melalui perhubungan dua hala dalam kalangan gereja, kita mengalami kehidupan manusia baru secara praktikal.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 3, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (311)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (313)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)