Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (304)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (303)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (305)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (304)
2021-02-26 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (304)

Bacaan Bible:

Kol. 2:8-9   Awas, agar tidak ada orang menjarah kamu menerusi falsafah dan penipuan kosongnya, menurut tradisi manusia, menurut elemen-elemen dunia, dan bukan menurut Kristus; kerana dalam-Nya, segala kepenuhan Ketuhanan huni secara jasadi.

Jika kita cuba meninggalkan budaya kita tanpa melihat bahawa Kristus ialah hayat dan segala-gala bagi kita, kita hanyalah menukar sejenis budaya kepada jenis budaya yang lain. Tidak berbudaya juga merupakan sejenis budaya. Mereka yang berbudaya mempunyai sejenis budaya, dan mereka yang tidak berbudaya juga mempunyai sejenis budaya, biarpun bentuk budayanya berbeza sekali. Jika kita menyedari hal ini, kita akan melihat bahawa memang tidak ada gunanya jika kita sekadar membuat keputusan untuk meninggalkan budaya kita. Terpisah daripada Kristus, segala apanya kita dan segala apa yang kita lakukan, sedikit sebanyak juga berkaitan dengan budaya. Setiap manusia mempunyai budaya. Budaya itu mungkin budaya yang maju atau mundur, yang tinggi atau rendah, namun ia tetap merupakan budaya....Sepanjang beribu-ribu tahun dalam sejarah, setiap kaum dan kewarganegaraan mempunyai jenis budayanya yang tertentu. Butir yang penting di sini ialah setiap jenis budaya berlawanan dengan Kristus dan Kristus berlawanan dengan setiap jenis budaya. Sebarang budaya, tidak kira apa jua jenis budaya itu, semuanya berlawanan dengan Kristus. Terpisah daripada-Nya, setiap hasil dan perkembangan manusia merupakan sebahagian daripada budaya.

Budaya ialah halangan yang besar kepada pengalaman terhadap Kristus. Dalam pemulihan Tuan, Dia sudah pasti telah datang mengunjungi kita. Apa yang menyebabkan kita tidak dapat menikmati Dia terutamanya bukan dosa atau keduniaan, tetapi budaya. Secara tidak sedar dan secara sedar, budaya telah menghalang kita mengalami Kristus. Banyak pekudus bertahun-tahun berhasrat untuk mengalami lebih banyak Kristus. Namun demikian, pengalaman mereka terhadap-Nya tidak berkembang. Faktor yang mengehadkan perkembangan kenikmatan terhadap Kristus ialah budaya. Budaya dalam kita secara spontannya menyebabkan kita tidak dapat betul-betul mengalami Kristus. Dalam perhimpunan, kita mungkin mengisytiharkan bahawa Kristus ialah hayat kita dan kehidupan gereja adalah mulia. Akan tetapi, selepas pulang dari perhimpunan, kita secara automatik hidup menurut budaya kita, bukan menurut Kristus. Prinsip yang mengawal kehidupan kita di rumah bukan Kristus, tetapi budaya kita. Dalam perhimpunan, kita semua mungkin sama kerana kita sama-sama memuji dan mempunyai aspirasi yang sama; tetapi di luar perhimpunan, kita berbeza dari segi konsep budaya dan gerak laku. Kita mungkin melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu menurut pengaruh budaya. Oleh itu, kehidupan kita bukan dikawal dan diperintah oleh Kristus, tetapi oleh budaya. Orang yang mempunyai latar belakang orang Cina hidup menurut budaya Cina, dan orang Amerika pula hidup menurut budaya Amerika. 

Kita perlu berdoa, “Tuan Yesus, aku mahu Engkau mengambil alih, menduduki, dan memperoleh aku. Aku mahu memberi Engkau kesemua kapasitiku dan semua ruang dalam diriku. Tuan, aku tidak mahu dihadkan atau dihalang dalam pengalamanku terhadap-Mu. Aku mahu menikmati-Mu tanpa sebarang had, batasan, atau sekatan. Tuan, aku hanya mahu Engkau, bukan budaya. Aku mahu hidup melalui-Mu, bukan melalui apa jua jenis budaya.”

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 2, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (303)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (305)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)