Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (303)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (302)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (304)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (303)
2021-02-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (303)

Bacaan Bible:

Yoh. 1:12-13   Tetapi sebanyak mana yang menerima-Nya, Dia memberi kuasa kepada mereka untuk menjadi anak-anak Tuhan, kepada mereka yang percaya ke dalam nama-Nya, yang diperanakkan bukan daripada darah, bukan daripada kehendak tubuh daging, dan bukan daripada kehendak manusia, tetapi daripada Tuhan.

Yoh. 6:57   …Demikianlah dia yang makan Aku, juga akan hidup kerana Aku.

Butir yang penting bukanlah kita meninggalkan budaya kita, tetapi kita berhidupkan Kristus. Persoalannya bukannya budaya berlawanan dengan tidak ada budaya, tetapi budaya berlawanan dengan Kristus. Kita perlu memberi perhatian kepada Kristus dan hidup melalui-Nya. Oleh itu, perkara yang penting bukanlah kita meninggalkan budaya kita secara negatif, tetapi kita berhidupkan Kristus secara positif.

Sebenarnya, segala-gala yang kita ada di luar Kristus ialah satu bentuk budaya. Sebagai contoh, makan dengan menggunakan pisau dan garpu ialah soal budaya, dan makan dengan penyepit jugalah soal budaya. Kita semua mempunyai budaya buatan sendiri atau budaya yang dikenakan pada kita sendiri. Hal ini bermakna bahawa kita semua mempunyai cara hidup kita yang khusus. Kamu hidup menurut cara kamu, dan saya hidup menurut cara saya. Hidup menurut cara kita bererti hidup menurut budaya kita....Hal ini merupakan halangan yang terbesar kepada kenikmatan terhadap Kristus dan musuh yang besar. Oleh itu, hendaklah kita lebih banyak mementingkan perihal mengalami Kristus dan berhidupkan Kristus secara praktikal hari demi hari.

Hasrat Tuhan ialah menggarapkan Kristus ke dalam umat pilihan-Nya. Tuhan menggunakan budaya untuk memelihara orang sehingga mereka menerima Kristus. Sebelum kanak-kanak menerima Kristus, mereka harus dilatih menurut budaya dan berada di bawah hukum. Jangan sekali-kali beritahu anak-anak kecil bahawa mereka tidak memerlukan budaya. Sebaliknya, ajarlah mereka menghormati ibu bapa mereka, mengasihi orang lain, dan mengongsi barang milik mereka dengan orang lain. Akhirnya, apabila mereka mencapai tahap kematangan yang tertentu, mereka akan membuat keputusan untuk menerima Kristus ke dalam mereka. Kemudian kita perlu membantu mereka bertumbuh ke dalam Kristus dan dengan Kristus. Secara beransur-ansur, kita boleh membantu mereka berpaling daripada budaya kepada Kristus. Akhirnya, mereka bukan hidup menurut budaya; sebaliknya mereka akan hidup menurut Kristus. Orang muda, jangan isytiharkan bahawa kamu telah meninggalkan budaya kamu. Sebaliknya, bersaksilah kepada orang lain bahawa kamu telah menerima Kristus dan kini kamu berhidupkan Kristus, menumbuhkan Kristus, dan menghasilkan Kristus.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 2, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (302)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (304)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)