Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (301)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (300)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (302)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (301)
2021-02-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (301)

Bacaan Bible:

Flp. 1:20-21   Menurut jangkaanku yang sungguh-sungguh dan harapanku bahawa tidak ada apa pun yang akan mengaibkan aku; sebaliknya, dengan segala keberanian seperti selalu, bahkan sekarang juga, Kristus akan diperbesar dalam tubuhku sama ada hidup atau mati. Kerana bagi aku, hidup adalah Kristus dan mati adalah keuntungan.

Pemikiran utama dalam Bible ialah Tuhan menghasratkan kita berhidupkan Kristus demi pembinaan Tubuh Kristus. Butir utama bagi kehidupan Kristian kita ialah berhidupkan Kristus. Berhidupkan Kristus seharusnya matlamat utama kita; semua masalah dalam kehidupan Kristian kita berpunca daripada kita tidak berhidupkan Kristus. Memandangkan kita menyedari bahawa Dialah Roh beri-hayat dalam roh kita, maka kita perlu berlatih berhidupkan Kristus, sehingga kita biasa berhidupkan Kristus.

Kemuncak, titik tertinggi, bagi wahi divin dalam seluruh Bible ialah berhidupkan Kristus. Untuk berhidupkan Kristus, kita harus berlatih menjadi satu roh dengan-Nya, dan untuk berlatih menjadi satu roh dengan-Nya, kita harus melatih roh kita untuk berdoa tanpa henti. Sekiranya kita berdoa tanpa henti dalam roh kita, “Tuan, hiduplah dalam aku; Tuan, hiduplah menerusi aku,” kita akan memupuk tabiat tidak berhidupkan diri kita tetapi berhidupkan Kristus; dengan demikian, kita akan biasa berhidupkan Kristus. Tabiat berhidupkan Kristus ialah tabiat berdoa. Jika kita tidak ada doa tanpa henti, kita tidak dapat berhidupkan Kristus. Hanya melalui doa secara berterusan yang sedemikian, doa pernafasan yang sedemikian, barulah kita dapat berhidupkan Kristus secara spontan. Untuk mempunyai kehidupan doa sedemikian, kita harus berjaga-jaga dan berdoa, berdoa pada setiap masa dalam roh, dan berjaga-jaga tentang doa dalam segala permohonan, dan teguh berterusan dalam doa (Mat. 26:41; Ef. 6:18; Kol. 4:2). Selain itu, asas bagi doa kita ialah kasih kita terhadap Tuan. Oleh sebab kita mengasihi Tuan dan mencari-Nya, kita suka menghubungi-Nya, berdoa kepada-Nya, dan menyeru-Nya. Salah satu rahsia bagi berhidupkan Kristus ialah memberitahu Tuan berulang kali bahawa kita mengasihi-Nya.

Untuk berhidupkan Kristus, kita harus menerima Dia sebagai persona kita dan hayat kita. Setiap pagi kita harus berdoa, “Tuan, aku bersyukur kepada-Mu kerana memberi aku hari yang baru untuk berlatih berhidupkan-Mu. Tuan, dalam diriku aku tidak dapat melakukan hal ini. Aku memohon Engkau agar mengingatkan aku untuk berhidupkan-Mu dan memberi aku kurnia yang aku perlukan untuk hal ini.” Tuhan tidak melihat betapa kudus, rohani, atau jayengnya kita dalam diri kita. Sebenarnya, hidup secara demikian melalui usaha sendiri bererti bergelut untuk mematuhi hukum. Apa yang dikira di mata Tuhan ialah Kristus dan perihal berhidupkan Kristus. Kita semua harus bertempur dan berusaha untuk betul-betul berhidupkan Kristus secara praktikal. Tuhan mahu umat-Nya berhidupkan Kristus. Kita tidak harus memberi perhatian kepada hal-hal kekudusan, kerohanian, atau kemenangan itu sendiri, dan kita tidak harus memberi perhatian kepada virtu atau atribut alamiah kita. Sebaliknya, kita harus menumpukan seluruh perhatian kita pada perihal berhidupkan Kristus dan hanya mementingkan hal berhidupkan Kristus agar Dia dapat diperbesar dalam kita.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 2, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (300)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (302)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)