Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (300)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (299)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (301)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (300)
2021-02-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (300)

Bacaan Bible:

Ibr. 7:25   Oleh itu juga, Dia berupaya menyelamatkan ke tahap sempurna mereka yang datang ke hadapan kepada Tuhan menerusi-Nya, memandangkan Dia sentiasa hidup untuk berdoa-pinta bagi mereka.

Memandangkan kini kita telah menerima Kristus, maka Dia yang almuhit dan luas tidak terbatas ini, harus menggantikan setiap aspek budaya kita dengan diri-Nya. Kita telah melihat bahawa manusia yang jatuh mempergunakan budaya untuk menggantikan Tuhan. Pertama, budaya sedemikian ialah pengganti bagi Tuhan. Kemudian, Kristus masuk untuk menggantikan pengganti ini dengan diri-Nya.…Kita harus mengasihi Kristus. Jika kita dipenuhi Kristus secara melimpah-ruah, maka dalam diri kita tidak akan ada sebarang ruang untuk hal-hal lain. Setiap bahagian kita akan diduduki oleh Kristus dan dengan Kristus. Dengan demikian, dalam pengalaman, kita akan mempunyai kepenuhan Kristus. Kita akan dipenuhi Kristus sehingga tahap penuh kapasiti kita. Kristus yang memenuhi diri kita akan menggantikan budaya kita dengan diri-Nya. Inilah wahi dalam buku Kolose.

Oleh sebab Kristus adalah luas tidak terbatas dan almuhit, maka tidak ada kekurangan pada-Nya. Jika kita mempunyai Kristus yang sedemikian dalam pengalaman, kita tidak akan memerlukan apa-apa yang lain. Tidak ada satu keperluan yang tidak dapat dipenuhi-Nya, dan tidak ada satu keupayaan menerima-Nya yang tidak dapat dipenuhi-Nya. Memandangkan kita telah mempunyai Kristus yang almuhit, kita tidak memerlukan agama Yahudi, mazhab Gnostik, atau fahaman zahid. Kita mempunyai Kristus yang almuhit dan luas tidak terbatas berserta kepenuhan-Nya. Dia dapat memenuhi seluruh alam semesta, malah itu pun Dia tidak akan habis digunakan. Kita tidak memerlukan apa-apa, sama ada yang kuno atau yang moden, untuk menggantikan Kristus. Malah kita tidak memerlukan budaya buatan diri dan budaya yang dikenakan pada diri. Saya berprihatin bahawa banyak orang dalam kalangan kita masih hidup menurut budaya yang dikenakan pada diri mereka. Pekudus-pekudus ini sentiasa mengenakan pengehadan pada diri mereka dan hidup menurutnya. Kita tidak perlu dipenjarakan oleh budaya buatan diri kita. Sebaliknya, kita harus tinggal dalam Kristus dan dalam kebebasan yang kita ada dalam Kristus. Kita perlu dipenuhi Kristus secara melimpah-ruah.…Kristus, Yang luas tidak terbatas, harus menggantikan setiap elemen hayat alamiah kita.…Marilah kita membenarkan Kristus yang murni itu memenuhi diri kita dan menggantikan setiap aspek hayat alamiah kita dengan diri-Nya.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (299)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (301)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)