Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (264)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (263)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (265)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (264)
2021-01-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (264)

Bacaan Bible:

Mat. 25:26-27   Maka tuannya menjawab dan berkata kepadanya, Abdi yang jahat lagi malas, kamu tahu bahawa aku menuai di tempat yang tidak aku semai, dan mengumpul di tempat yang tidak aku tampi. Jadi, kamu seharusnya menyimpan wang aku pada pengurup; apabila aku datang, bolehlah aku mendapat balik milikku bersama faedahnya.

Jika kamu telah menerima satu talenta, kamu perlu menggunakannya. Sebelum kamu datang ke perhimpunan, kamu perlu berdoa, “Tuan, aku percaya bahawa aku mempunyai satu talenta. Aku tidak ingin menanam talentaku dengan terlibat dalam hal-hal duniawi. Sebaliknya aku ingin menggunakan talenta itu untuk menjaga orang lain.” Curahkanlah sedikit kasih kepada orang yang hatinya telah menjadi dingin. Lawatlah mereka atau jemputlah mereka ke rumah kamu. Apabila kamu meluangkan masa bersama-sama Tuan dan membuka diri kepada-Nya tentang siapa yang harus kamu jaga, Dia akan memberi kamu beban. Apabila kamu menghubungi orang lain dan bersekutu dengan mereka, secara spontan kamu menggunakan talenta kamu.…Dengan cara ini, satu talenta akan menjadi dua talenta, dua talenta akan menjadi empat talenta, dan lima talenta akan menjadi sepuluh talenta. Talenta, yakni harta Tuhan yang telah diamanahkan kepada kita, akan dilipatgandakan. Jika kita semua setia mengamalkannya, pemulihan Tuan benar-benar akan berlipat ganda. 

Menyimpan wang pada pengurup [Mat. 25:27], pemilik bank, menandakan menggunakan kurniaan Tuan untuk memimpin orang lain kepada penyelamatan dan meministerkan kekayaan-Nya kepada mereka. Faedahnya menandakan hasil yang menguntungkan, yang kita peroleh demi kerja Tuan dengan menggunakan kurniaan-Nya. 

Dalam erti kata tertentu, kita boleh mengatakan bahawa pengurup ialah semua orang baru, orang yang lemah, orang muda, dan orang yang mundur. Kita perlu menyimpan harta Tuan pada pengurup ini. Pengurup ini bukan dikbang yang memimpin, tetapi orang yang lebih lemah, orang yang mempunyai masalah. Katakan seorang dikbang mempunyai perbezaan pendapat dan bercakap secara negatif tentang gereja.…Alangkah baiknya jika dikbang yang berbeza pendapat ini dihubungi oleh seorang dikbang lain dalam gereja yang mengasihinya dan mengambil berat terhadapnya, bukan dihubungi oleh penatua! Jika dikbang yang berbeza pendapat ini dihubungi beberapa orang, akhirnya dia akan kembali ke gereja dan memuji Tuan atas gereja. 

Jika kamu menggunakan talenta kamu sebegini untuk menjaga orang lain, kamu bukan sahaja akan melipatgandakan talenta, malah kamu sendiri akan berada di syurga ketiga dan akan bertumbuh dengan cepat serta ditransform. Kamu akan diperbarui dalam roh minda, dan dalam kalangan kita akan ada kesaksian Tubuh yang menakjubkan kepada seluruh alam semesta. Alam semesta akan melihat bahawa kita bukan perhimpunan agama, tetapi suatu Tubuh yang hidup. Untuk ini, kita semua perlu menggunakan talenta kita, harta Tuan. Hasilnya, akan adanya pelipatgandaan.…Semakin kita mengambil berat tentang pekudus dan gereja, semakin kayanya kita.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 4, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (263)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (265)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)