Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (252)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (251)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (253)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (252)
2021-01-05 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (252)

Bacaan Bible:

Luk. 9:23-25   Dan Dia berkata kepada mereka semua, Jika sesiapa ingin datang mengikut Aku, hendaklah dia menyangkal dirinya dan memikul salibnya setiap hari dan mengikut Aku. Kerana barang siapa yang ingin menyelamatkan hayat-sukmanya akan kehilangannya; tetapi barang siapa yang kehilangan hayat-sukmanya kerana Aku, dia ini akan menyelamatkannya. Apakah keuntungan seseorang jika dia memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan atau kerugian dirinya?

Menyelamatkan hayat-sukma bermakna membiarkan sukma memperoleh kenikmatannya dan tidak membiarkan sukma menderita. Kehilangan hayat-sukma bermakna menyebabkan sukma menderitai kehilangan kenikmatannya. Jika pengikut Manusia-Penyelamat membiarkan sukma mereka memperoleh kenikmatannya pada zaman ini, mereka akan menyebabkan sukma mereka menderitai kehilangan kenikmatannya pada zaman kingdom yang akan datang. Jika mereka membiarkan sukma mereka menderitai kehilangan kenikmatannya pada zaman ini demi Manusia-Penyelamat, mereka akan membolehkan sukma mereka memperoleh kenikmatannya pada zaman kingdom akan datang. Mereka akan berkongsi kegembiraan Tuan dalam memerintah bumi (Mat. 25:21, 23).

Setelah berbicara berkenaan hal menyangkal diri, memikul salib, dan kehilangan sukma, Tuan menyebut tentang dunia, dengan berkata, “Apakah untungnya seseorang jika dia memperoleh seluruh dunia tetapi kerugian hayat-sukmanya? Atau apakah yang dapat diberikan orang sebagai tukaran bagi hayat-sukmanya?” (Mat. 16:26). Orang mengasihi dunia kerana dunia menghiburkan sukma mereka. Mereka mengasihi pakaian cantik, kereta mewah, dan hiburan duniawi kerana hal-hal ini membawa kenikmatan kepada sukma. Akan tetapi, demi Tuan, demi injil, dan demi kesaksian-Nya, kita perlu rela kehilangan kenikmatan sukma pada zaman ini.…Sebab orang mengasihi dunia ialah mereka ingin memelihara kenikmatan sukma. Seluruh dunia penuh dengan kenikmatan sukma. Sebab orang belajar untuk memperoleh ijazah ialah ingin mempunyai kehidupan yang lebih baik, dan kehidupan yang lebih baik menandakan kenikmatan yang lebih banyak. Orang lain bekerja untuk memperoleh kenaikan pangkat dalam kerjaya mereka supaya mereka dapat memperoleh lebih banyak wang untuk lebih banyak kenikmatan sukma. Semasa Tuan Yesus datang, Dia kehilangan sukma-Nya; ini bermaksud bahawa Dia meninggalkan semua kenikmatan sukmawi-Nya. Dia kehilangan kenikmatan sukma-Nya pada zaman ini agar Dia dapat memperoleh sukma-Nya pada zaman yang akan datang.…Pada zaman yang akan datang, Tuan Yesus akan menikmati seluruh bumi. Pada masa itu, Dia akan menjemput kita, pasangan-Nya, untuk berkongsi dalam kenikmatan ini. Kita perlu menunggu dengan penuh kesabaran untuk kenikmatan yang akan datang. Jika kamu memelihara kenikmatan dalam sukma kamu hari ini, kamu akan kehilangan kenikmatan yang akan datang.…Pilihan itu bergantung pada kamu. Jika kamu lebih ingin memiliki kenikmatan kamu hari ini, kamu bebas berbuat demikian. Akan tetapi, jika kamu menyelamatkan sukma kamu pada zaman ini, sudah pasti kamu akan kehilangannya semasa Tuan kembali. Dia akan memberitahu kamu bahawa oleh sebab kamu telah menikmati sukma kamu dengan begitu banyak, sekarang tibalah masa untuk kamu kehilangannya. Yang mana satukah kamu pilih — kehilangan sukma kamu hari ini dan memperolehnya pada masa akan datang, atau memperolehnya hari ini dan kehilangannya pada masa akan datang? Jika kita dapat memperoleh seluruh dunia namun kehilangan sukma kita, itu memang tidak berbaloi.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 3, Hari 1.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (251)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (253)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)