Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (244)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (243)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (245)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (244)
2020-12-28 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (244)

Bacaan Bible:

2 Kor. 5:7   Kerana kami bergerak-hidup berdasarkan iktikad, bukan berdasarkan apa yang tampak.

1 Ptr. 1:8   Meskipun kamu tidak pernah melihat-Nya, namun kamu mengasihi-Nya; meskipun kamu tidak dapat melihat-Nya pada masa sekarang, namun kerana percaya ke dalam-Nya, kamu bersorak riang dengan keriangan yang tidak terkata dan penuh kemuliaan.

Kehidupan orang Kristian bukan suatu kehidupan yang berasal daripada hal-hal yang dapat dilihat tetapi daripada hal-hal yang tidak dapat dilihat. Apa-apa yang kepunyaan kehidupan orang Kristian memang tidak dapat dilihat. Gereja jatuh kerana orang Kristian telah beralih daripada hal yang tidak dapat dilihat kepada hal-hal yang dapat dilihat; akan tetapi, pemulihan Tuan ialah pemulihan gereja-Nya daripada hal-hal yang dapat dilihat kepada hal yang tidak dapat dilihat. Apabila kita hanya mementingkan hal-hal yang dapat dilihat, kita telah jatuh. Sebaliknya, apabila kita menumpukan perhatian pada Tuhan yang hidup dengan bergerak-hidup menurut roh pembauran kita (Roma 8:4), yang kedua-duanya tidak dapat dilihat, kita sedang dipulihkan kepada kehidupan orang Kristian dan kehidupan gereja yang normal. 

Untuk memperhatikan hal-hal yang dapat dilihat, kita tidak memerlukan iktikad.…Bergerak-hidup melalui iktikad bermakna kita memperhatikan hal-hal yang tidak dapat dilihat. Dalam kehidupan gereja, kita bergerak-hidup bukan berdasarkan apa yang tampak, berdasarkan penampilan, tetapi berdasarkan iktikad (2 Kor. 5:7). Kita mengetahui bahawa kita telah diselamatkan menerusi iktikad (Ef. 2:8). Iktikad ini membolehkan kita mengalami kelahiran divin serta hayat divin. Apabila kita dilahirukan, hayat divin, yakni sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria sejadi, telah disalurkan ke dalam kita. Hasil daripada penyaluran hayat ini, kita menjadi dikbang dan dikkak dalam Tuan. Sungguhpun kelahiran divin dan hayat divin tidak dapat dilihat, kita mempunyai keupayaan dalaman yang dapat mensubstansiasi hayat divin dalam satu sama lain. Keupayaan mensubstansiasi yang dapat merasakan hayat divin yang tidak dilihat dalam kita ini ialah iktikad (Ibr. 11:1). 

Iktikad bukan menurut perasaan kita. Iktikad ialah elemen divin diinfusikan ke dalam diri kita melalui Roh itu menerusi sabda Tuhan. Apabila elemen divin diinfusikan ke dalam kita menerusi visi yang diterima daripada sabda Bible, daripada mesej yang tercetak, atau daripada roh kita, sesuatu akan bangkit secara spontan dalam kita agar kita mempercayai segala apa yang dibicarakan oleh Tuhan. Inilah iktikad. 

Kita semua perlu belajar membuka diri kepada Tuhan, sabda-Nya, pembicaraan-Nya, dan visi-Nya. Dengan demikian, Roh-Nya akan membubuh meterai pada sabda-Nya dan akan mentransfusikan elemen divin ke dalam diri kita supaya menjadi keupayaan kita untuk percaya. Inilah iktikad, iaitu substansiasi bagi hal-hal yang diharapkan dan keyakinan penuh atas hal-hal yang tidak kelihatan.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 1, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (243)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (245)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)