Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (241)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (240)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (242)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (241)
2020-12-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (241)

Bacaan Bible:

Ef. 3:8-9   Kepada aku yang lebih kecil daripada yang terkecil dalam kalangan pekudus, telah diberi kurnia ini untuk menginjilkan kekayaan Kristus yang tidak terduga kepada bangsa Asing dan untuk mencahayai semua agar mereka dapat melihat apakah ekonomi misteri yang tersembunyi sejak berzaman-zaman dalam Tuhan yang mencipta segala sesuatu.

[Satu] perkara yang agung dalam Efesus 3 ialah ekonomi misteri dalam ayat 9. Ekonomi ialah pendispenan, pengagihan kekayaan. Dutus Paulus melakukan sejenis kerja yang khusus, iaitu dia mengagihkan Kristus dalam kekayaan-Nya ke dalam orang. Sebagai orang Kristian yang sejati, kita dapat bersaksi bahawa sejak hari kita menyeru nama Tuan buat kali pertama, sesuatu yang penuh misteri telah ditambahkan ke dalam diri kita; Kristus telah didispenkan ke dalam kita. Misteri Kristus ialah Kristus dalam segala kekayaan-Nya telah kita alami. Mengalami kekayaan Kristus bermaksud sesuatu daripada Kristus, suatu elemen kekayaan-Nya, telah didispenkan ke dalam kita.…Semakin kita mengalami Kristus, semakin Dia didispenkan ke dalam kita. Pendispenan kekayaan-Nya ke dalam kita ialah ekonomi misteri. Sesuatu yang abadi, penuh misteri, dan tidak dapat difahami namun manis, kaya, dan tinggi telah didispenkan ke dalam diri kita serta menjadikan kita riang, hidup, berkudrat, penuh kasih, dan dapat dikasihi. Inilah maksudnya menikmati kekayaan Kristus. 

Setiap percayawan mempunyai Kristus dalamnya. Sebaik sahaja kita menerima Kristus, kita tidak lagi dapat mengusir-Nya. Kadangkala kita mungkin cuba menolak-Nya, namun kita tidak dapat menyingkirkan-Nya. Bahkan kita mungkin berkata, “Tuan, aku tidak mengasihi-Mu,” namun Dia akan berkata, “Aku tetap mengasihimu.” Biarpun kita berkata sedemikian, namun semakin kita berbicara kepada Tuan, semakin banyak Kristus yang akan kita terima. Kita tidak harus menentang Tuan; sebaliknya kita harus mengasihi-Nya. Bagi orang lain, orang Kristian mungkin kelihatan gila sebab mereka mengasihi Tuan serta dikasihi-Nya. Pekudus sering mengambil perjalanan yang jauh untuk menghadiri persidangan gereja. Dalam persidangan, kita hanya menghadiri perhimpunan. Kita bukan datang untuk hiburan, namun kita berasa gembira. Orang yang tidak percaya tidak memahami keriangan kita dan mungkin beranggapan bahawa kita percaya kepada kepercayaan karut atau tersesat; akan tetapi, sebab yang sebenar ialah kita beroleh pendispenan misteri ini. 

Dalam kehidupan gereja, para pekudus dari banyak negara yang berlainan datang berhimpun.…Apabila kita melihat pekudus lain, tidak kira apa kewarganegaraan mereka, kita mengasihi mereka secara spontan. Sebab dan motif kita saling mengasihi ialah…sesuatu dalam setiap daripada kita berpadanan dengan sesuatu di dalam pekudus lain. Biarpun kita mungkin tidak memahami bahasa satu sama lain, namun kita mengasihi satu sama lain kerana kita mengalami pendispenan misteri ini...Sebab bagi kasih ini ialah pendispenan misteri.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 1, Hari 4.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (240)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (242)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)