Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (240)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (239)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (241)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (240)
2020-12-24 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (240)

Bacaan Bible:

Ef. 3:4-6   Dan dengan membacanya, dapatlah kamu mempersepsi pemahamanku terhadap misteri Kristus yang tidak pernah disingkapkan kepada anak cucu manusia dalam generasi-generasi lain, sebagaimana sekarang telah diwahikan dalam roh kepada para dutus dan penyabda-Nya yang kudus, bahawa dalam Kristus Yesus, menerusi injil, bangsa Asing ialah rakan sewaris dan rakan seanggota Tubuh serta rakan senikmat janji.

Kristus ialah misteri Tuhan.…Dalam sejarah tidak pernah ada nama yang sebegitu ajaib seperti Yesus Kristus. Tidak kira sama ada bangsa-bangsa bersetuju dengan Dia atau menentang Dia, hari ini semuanya menggunakan kalendar Yesus. Inilah tahun Yesus. Setiap tahun ialah tahun tentang riwayat Kristus manusia kecil itu.…Tidak ada nama yang lebih agung daripada nama Yesus. Namun di manakah Dia?…Dia bukan hanya berada di syurga-syurga tetapi berada di bumi ini juga.…Misteri alam semesta ialah Tuhan, misteri Tuhan ialah Kristus, dan misteri Kristus ialah gereja (Ef. 3:4-11).

Percayawan mempunyai Kristus, misteri Tuhan, huni dalam mereka (Kol. 1:27); akan tetapi, orang di dunia tidak memahami bahawa Dia berada dalam percayawan. Ini satu misteri bagi mereka. Kristus almuhit ialah misteri bagi Tuhan yang penuh misteri. Kristus sedemikian sebagai misteri Tuhan menghasilkan Tubuh yang penuh misteri, iaitu gereja (Ef. 1:22b-23). Oleh yang demikian, gereja ialah kelanjutan bagi Kristus yang merupakan misteri ini. Sudah pasti misteri menghasilkan misteri. Kristus yang merupakan misteri Tuhan, menghasilkan gereja, yakni misteri Kristus. Gereja, iaitu misteri dalam misteri, ialah misteri dalam ekonomi Tuhan. 

Misteri Kristus — gereja — “tidak pernah disingkapkan kepada anak cucu manusia dalam generasi-generasi lain” (3:5). Gereja, yakni Tubuh Kristus, telah disembunyikan dalam zaman Wasiat Lama.…Walaupun Nuh menerima arahan daripada Tuhan untuk membina bahtera, namun dia tidak mengetahui pembinaan gereja.…Musa menerima wahi untuk membina tabernakal, namun dia tidak mengetahui misteri gereja; dengan itu, dia tidak mengetahui cara membina gereja. Misteri ini juga tersembunyi daripada Samuel, Daud, dan Salomo, yang mengetahui cara membina bait tetapi tidak mengetahui cara membina Tubuh Kristus. 

Gereja sebagai misteri Kristus tidak disingkapkan kepada anak cucu manusia dalam generasi-generasi lain. Dalam zaman Wasiat Baru, misteri ini telah terlebih dahulu diwahikan oleh Kristus dalam buku Injil, kemudian diwahikan oleh Roh Kudus dalam Surat-surat kepada para dutus dan penyabda. Dalam Efesus 3:5, Paulus mengatakan bahawa misteri ini “sekarang telah diwahikan dalam roh kepada para dutus dan penyabda-Nya yang kudus”. Misteri ini, yang tersembunyi sejak berzaman-zaman dalam Tuhan yang mencipta segala sesuatu, dan tersembunyi daripada pekudus Wasiat Lama, telah diwahikan dalam Wasiat Baru.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 1, Hari 3.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (239)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (241)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)