Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (239)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (238)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (240)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (239)
2020-12-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (239)

Bacaan Bible:

Kol. 2:2   Agar hati mereka dapat dilipurkan, mereka dikaitkan bersama dalam kasih dan sehingga beroleh segala kekayaan berkenaan kepastian penuh atas kefaham­an, sehingga beroleh pengetahuan penuh tentang misteri Tuhan, iaitu Kristus.

Kol. 2:9   Kerana dalam-Nya, segala kepenuhan Ketuhanan huni secara jasadi.

Jika hanya ada alam semesta tetapi tidak ada Tuhan, maka alam semesta adalah kosong.…Jika dalam alam semesta ini tidak ada Tuhan, kita semua perlu menangis atas kekosongannya. Alam semesta akan menjadi satu bekas yang besar namun tidak ada isi kandungan. Planet wujud kerana Tuhan. Bunga begitu cantik ­kerana Tuhan. Binatang begitu menakjubkan kerana Tuhan. Manusia wujud kerana Tuhan. Tuhan ialah jawapannya. Ateis mungkin mengatakan bahawa ini sama sekali kepercayaan tahayul dan karut. Walau bagaimanapun, kita mengetahui sebab wujudnya langit dan bumi. Semua bunga, bijirin, binatang, dan burung wujud kerana Tuhan. Alam semesta wujud kerana Tuhan. Ini bukan kepercayaan tahayul.

Misteri divin pertama-tamanya ialah misteri Tuhan dan kedua ialah misteri Kristus. Kita perlu membaca, mengkaji, dan mendoa-baca buku Kolose dan Efesus, kerana dua buku ini menyingkapkan kepada kita misteri Tuhan, iaitu Kristus. Orang Yahudi mempunyai Tuhan pada nama, namun tidak mempunyai Tuhan dalam realiti. Tuhan mereka ialah satu misteri. Mereka tidak mempunyai Tuhan dalam realiti kerana mereka tidak mengenali misteri Tuhan. Misteri Tuhan ialah Kristus! Jika kamu tidak mengenali Tuhan dan jika kamu tidak pernah bertemu dengan Tuhan, kamu hanya perlu datang kepada Kristus, kerana Tuhan terjasad dalam Kristus. Semua kepenuhan Ketuhanan huni secara jasadi dalam Kristus ini (Kol. 2:9). Jika kamu tidak percaya kepada Kristus, kamu tidak akan beroleh Tuhan. Tanpa Kristus, biarpun kamu mungkin mengatakan bahawa kamu percaya kepada Tuhan, apa yang kamu percaya itu hanyalah suatu istilah. Tuhan yang kamu percaya itu ialah satu misteri. Kamu langsung tidak dapat merealisasikan Tuhan. Kamu langsung tidak dapat menyentuh Tuhan, memperoleh Tuhan, atau masuk ke dalam Tuhan melainkan menerusi Kristus. Orang beragama tertentu dan orang Yahudi mempunyai Tuhan tanpa Kristus; akhirnya mereka tidak beroleh apa-apa. Tuhan berada dalam Kristus. Jika kamu tidak mempunyai Kristus, kamu tidak mempunyai Tuhan. Kristus adalah ajaib kerana Dia ialah misteri, jawapan, definisi, perjasadan, dan realiti Tuhan. Dia bukan apa-apa yang lain selain Tuhan, namun Dia bukan hanya Tuhan. Kristus ialah “Tuhan ditambah”….Dia ialah manusia kecil yang datang dari daerah yang dipandang hina, yang dipanggil Galilea; namun manusia ini ialah misteri Tuhan. Di luar Dia dan tanpa Dia, kamu tidak dapat melihat Tuhan. Tidak kira sama ada kamu percaya atau tidak, Dia tetap ialah Tuhan. Dialah Tuhan! Dalam seluruh alam semesta, Tuhan berada dalam Kristus. Di mana Kristus berada, di situlah Tuhan. Terpisah daripada Kristus, kamu tidak dapat menjumpai Tuhan.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 1, Hari 1.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (238)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (240)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)