Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (237)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (236)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (238)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (237)
2020-12-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (237)

Bacaan Bible:

Ibr. 8:10-11   Kerana inilah waadah yang akan Kuwaadkan…sabda Tuan: Aku akan menaruh hukum-hukum-Ku ke dalam minda mereka, dan akan menulis hukum-hukum ini pada hati mereka; Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku. Dan mereka tidak perlu lagi masing-masing mengajar rakan sewarganegaranya dan masing-masing mengajar saudaranya, dengan berkata, Kenalilah Tuan; kerana semua akan mengenali Aku…

Hubungan Tuhan dengan kita hari ini sama sekali berdasarkan hukum hayat, iaitu hubungan dalam hayat. Oleh itu, hari ini kita tidak perlu bergerak-hidup menurut pengetahuan hukum huruf tetapi menurut kesedaran terhadap hukum hayat.

Misalnya, memang sukar untuk mencari satu ayat dalam Wasiat Baru yang memberitahu kita pukul berapa Tuhan ingin kita bangun pada waktu pagi.…Kita tidak akan mengetahuinya melalui peraturan huruf luaran tetapi menurut hayat dalaman. Apabila tibanya waktu pagi keesokan hari, hayat dalaman akan memberitahu kita pukul berapa Tuhan ingin kita bangun. Jika kita tidak bangun pada masa itu, kita akan kehilangan hadirat Tuhan.

Dalam waadah baru, terdapat juga fungsi hukum hayat; melaluinya kita mengenali Tuhan dengan cara hayat dalaman. Ayat 11 [menunjukkan bahawa]…kita tidak memerlukan ajaran luaran kerana kita mengenali Tuan melalui…perasaan hayat dalaman. 

Dalam bab 31, Yeremia meletakkan asas waadah baru, dan bernubuat bahawa Tuhan akan meletakkan hukum-Nya dalam kita; Dia akan menulis hukum-Nya ke dalam minda kita agar kita dapat mengenali Tuhan; Tuhan akan menjadi Tuhan kita dan kita akan menjadi umat-Nya; kita tidak memerlukan sesiapa untuk mengajar kita, kerana kita semua akan mempunyai hayat yang mengajar dalam kita; dan Tuhan akan mengampunkan semua kesalahan kita dan tidak mengingati dosa-dosa kita lagi. Dalam waadah baru, kita menikmati hukum hayat dalaman. Hukum hayat ini membawa persona Tuhan dan juga keupayaan divin bagi hayat divin ke dalam kita, yang dapat menyempurnakan segala-galanya untuk Tuhan menggenapi ekonomi-Nya. Melalui hukum hayat dalaman kita mempunyai keupayaan untuk mengenali Tuhan, berhidupkan Tuhan, bahkan dikonstitusikan dengan Tuhan dalam hayat dan sifat-Nya agar kita dapat menjadi ekspresi korporat-Nya.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 12, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (236)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (238)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)