Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (236)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (235)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (237)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (236)
2020-12-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (236)

Bacaan Bible:

Ibr. 8:10-11    Kerana inilah waadah yang akan Kuwaadkan…sabda Tuan: Aku akan menaruh hukum-hukum-Ku ke dalam minda mereka, dan akan menulis hukum-hukum ini pada hati mereka; Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku. Dan mereka tidak perlu lagi masing-masing mengajar rakan sewarganegaranya dan masing-masing mengajar saudaranya, dengan berkata, Kenalilah Tuan; kerana semua akan mengenali Aku…

Roma 8:17 mengatakan bahawa sebagai anak-anak Tuhan, kita juga merupakan waris Tuhan untuk mewarisi Tuhan sebagai segala-gala kita.…Wasiat Lama, terutamanya buku Yeremia, banyak kali mengatakan bahawa Israel akan menjadi umat Tuhan dan Dia akan menjadi Tuhan mereka.…Kita menjadi umat Tuhan bermaksud kita ialah warisan Tuhan, dan Tuhan menjadi Tuhan kita pula bermaksud Dia ialah warisan kita. Sebelum adanya warisan yang saling-menyaling ini, kedua-dua pihak, yakni Tuhan dan kita, kita dan Tuhan adalah miskin. Sebelum kita beroleh Tuhan, kita tidak mempunyai apa-apa, dan sebelum Tuhan memiliki kita, Dia tidak ada anak. Atas sebab inilah Dia berhasrat untuk mendispenkan diri-Nya ke dalam kita bagi menjadikan kita semua anak-Nya; dan kini semua anak-Nya ialah warisan-Nya. Sekarang Tuhan adalah kaya. Dengan ini kita dapat memahami makna kata-kata yang mudah ini: “Aku akan menjadi Tuhan kamu, dan kamu akan menjadi umat-Ku.” Hari ini, sebagai anak-anak Tuhan, kita mempunyai Kristus, dan Kristus ialah perjasadan Tuhan. Tuhan yang terjasad dalam Kristus ialah hayat kita, persona kita, dan warisan kita. Begitu juga, Tuhan juga memperoleh warisan. Kita ialah warisan-Nya. 

Bahagian terakhir Ibrani 8:10 berkata, “Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.” Dalam waadah baru, kita mempunyai hak istimewa untuk beroleh Tuhan sebagai Tuhan kita dan kita menjadi umat-Nya; hayat ini membolehkan kita menikmati Tuhan dalam persekutuan dengan-Nya. Orang yang berada di bawah waadah lama mempunyai Tuhan menurut Sepuluh Perintah. Tuhan menjadi Tuhan mereka menurut hukum huruf yang lama, dan mereka menjadi umat-Nya juga menurut hukum huruf. Akan tetapi, hari ini Tuhan menjadi Tuhan kita bukan menurut huruf tetapi menurut hayat dalaman, dan kita menjadi umat-Nya bukan menurut sebarang peraturan yang tertulis tetapi juga menurut hayat dalaman. Menurut hukum hayat, Tuhan menjadi Tuhan kita dan kita menjadi umat-Nya. Hubungan Tuhan dengan kita hari ini sama sekali berdasarkan hukum hayat, iaitu hubungan dalam hayat. Oleh itu, hari ini kita tidak perlu bergerak-hidup menurut pengetahuan hukum huruf tetapi menurut kesedaran terhadap hukum hayat.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 12, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (235)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (237)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)