Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (235)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (234)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (236)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (235)
2020-12-19 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (235)

Bacaan Bible:

Roma 8:4   Supaya tuntutan adilbenar hukum dapat digenapi dalam kita yang tidak bergerak-hidup menurut tubuh daging tetapi menurut roh.

Roma 8:29   Kerana mereka yang dipraketahui-Nya juga dipratakdirkan-Nya agar dikonform kepada imej Anak-Nya, supaya Dia dapat menjadi Yang Sulung dalam kalangan dikbang yang banyak.

Sebagaimana fungsi hukum hayat menyempurnakan transformasi hayat secara metabolik untuk kita, maka hasil daripada hukum hayat ialah kita ditransform dan dikonform kepada imej Kristus (2 Kor. 3:18; Roma 8:29) dan Kristus terbentuk dalam kita. Transformasi dalam hayat dan konformasi kepada Kristus bergantung pada fungsi hukum hayat dan merupakan hasil daripada kerja hukum hayat.…Kawalan tertib hukum hayat divin membawa kekayaan Kristus ke dalam kehidupan kita dan membentuk Kristus dalam diri kita. 

Dalam Roma 8:3 dan 4, Tuhan telah melalui proses agar memperoleh satu hasil—supaya tuntutan adilbenar hukum dapat digenapi dalam kita yang bergerak-hidup menurut roh. Bekerjasama dengan hukum ini bererti bergerak-hidup menurut roh, dan bergerak-hidup menurut roh ialah cara untuk bekerjasama dengan hukum yang bekerja ini. Hukum telah pun dipasangkan, tetapi fungsi hukum dan operasi hukum memerlukan kerjasama kamu.  

Seluruh kehidupan rohani kita di hadapan Tuhan tidak dapat disempurnakan dengan usaha kita sendiri, dan juga tidak dapat dicapai melalui pembaikan diri secara gigih; sebaliknya, hal ini merupakan tanggungjawab hayat Tuhan yang telah kita terima ke dalam kita. Hayat Tuhan berserta hukum hayat ini huni dalam roh kita; jika kita hidup dan bertindak menurut hukum hayat ini dalam roh kita, hukum hayat ini secara semula jadi dapat mengawal tertib segala isi kandungan dalam hayat Tuhan dari dalam kita, butir demi butir. Keadaan ini betul-betul sepadan dengan tuntutan hukum Tuhan di luar, malah melangkauinya tanpa apa-apa kekurangan. Roma 8:4 berbicara tentang hal ini: “Supaya tuntutan adilbenar hukum dapat digenapi dalam kita yang tidak bergerak-hidup menurut tubuh daging tetapi menurut roh.”

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 12, Hari 5.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (234)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (236)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)