Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (234)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (233)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (235)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (234)
2020-12-18 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (234)

Bacaan Bible:

Ibr. 8:10   Kerana inilah waadah yang akan Kuwaadkan dengan kaum Israel selepas hari-hari itu, sabda Tuan: Aku akan menaruh hukum-hukum-Ku ke dalam minda mereka, dan akan menulis hukum-hukum ini pada hati mereka; Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.

Roma 8:2   Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.

Hayat Tuhan ialah hayat yang tertinggi, hayat yang melangkau; dengan itu, ciri-ciri dan kebolehan bagi hayat ini semestinya paling tinggi dan melangkau. Memandangkan ciri-ciri dan kebolehan yang tertinggi dan melangkau ini membentuk hukum hayat Tuhan, maka hukum ini secara sejadinya adalah paling tinggi dan melangkau. Oleh sebab kita telah menerima hayat Tuhan melalui kelahiruan, maka daripada hayat Tuhan, secara sejadinya kita juga telah menerima hukum yang paling tinggi dan melangkau bagi hayat ini. 

Alangkah ajaibnya selepas diproses, Tuhan Tritunggal telah dipasang dalam kita dan bekerja dalam kita bukan melalui aktiviti, tetapi melalui hukum! Dia kini ialah hukum yang beroperasi dalam kita. Dia sedang bekerja dalam kita bukan sahaja sebagai Tuhan yang perkasa, bahkan sebagai hukum yang beroperasi secara automatik.

Dalam Yeremia 31:33, iaitu sumber bagi [petikan dalam Ibrani 8:10], perkataan hukum adalah mufrad, membuktikan bahawa satu hukum inilah yang menyebar menjadi beberapa hukum. Satu hukum yang akhirnya berkembang menjadi banyak hukum ialah hukum hayat (Roma 8:2).…Semakin tinggi hayat itu, semakin tinggilah hukumnya.…Dengan menyalurkan hayat divin-Nya ke dalam kita, Tuhan meletakkan hukum yang tertinggi ini ke dalam roh kita; dari roh kita, hukum ini menyebar ke dalam bahagian dalaman kita, seperti minda, emosi, serta tekad kita, dan menjadi beberapa hukum.…Apabila kita menyeru nama Tuan, hayat divin masuk ke dalam roh kita. Secara beransur-ansur, apabila kita bertumbuh dalam hayat ini, hayat ini berpeluang untuk berkembang dari roh kita ke dalam seluruh bahagian dalaman kita. Apabila hayat ini berkembang ke dalam bahagian dalaman kita, dalam setiap bahagian terdapat satu hukum untuk mengawal tertib kita. Banyak hukum diperkembangkan daripada satu hukum hayat itu.…Hukum hayat mengawal tertib kita dari dalam melalui dan menurut elemen hayatnya, manakala hukum huruf mengawal tertib kita dari luar melalui dan menurut hurufnya yang mati. Hukum huruf yang mati bergantung pada ajaran luaran, tetapi hukum hayat bergantung pada kesedaran dalaman, perasaan hayat dalaman. Memandangkan kita semua, tidak kira yang besar atau yang kecil, mempunyai hukum hayat ini, maka kita tidak memerlukan ajaran luaran menurut hukum huruf (Ibr. 8:11). 

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 12, Hari 4.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (233)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (235)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)