Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (230)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (229)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (231)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (230)
2020-12-14 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (230)

Bacaan Bible:

Mat. 9:12-13   Mereka yang kuat tidak memerlukan tabib, kecuali mereka yang sakit.…Aku datang bukan untuk memanggil orang adilbenar tetapi pendosa.

Konsep Tuhan-manusia ialah Kristus datang menyelamatkan pendosa, terutamanya pendosa terjahat. Dia telah menyelamatkan “samseng”, malah ketua “samseng”, Saulus dari Tarsus. Paulus berkata, “Setia kata ini dan patut diterima sepenuhnya, bahawa Kristus Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan pendosa; daripada kalangan mereka ini, akulah yang paling berdosa” (1 Tim. 1:15). Paulus dapat berkata sebegini kerana dia ialah pendosa terjahat yang menentang Kristus. Dia memberontak terhadap Kristus; akan tetapi, ketika dia sedang memberontak, Kristus telah mengalahkannya, memanggilnya, dan menyelamatkannya. Yesus sendiri berkata, “Mereka yang kuat tidak memerlukan tabib, kecuali mereka yang sakit.…Aku datang bukan untuk memanggil orang adilbenar tetapi pendosa” (Mat. 9:12-13). Inilah sebabnya Dia berada dalam kalangan pendosa dan pemungut cukai, makan dan berjamu selera bersama dengan mereka, duduk dan menikmati bersama-sama mereka.

Tidak kira kita ini penatua, rakan sekerja, atau orang yang melayan, jika kita kehilangan roh ini, maka habislah kita. Inilah sebab utama kita begitu banyak tahun tidak menghasilkan buah. Baru-baru ini ada seorang dikbang yang pergi menjaga satu pasangan, namun dia tidak mempunyai roh sebegini. Dia melawat mereka tidak melebihi sepuluh kali lalu berasa kecewa. Oleh sebab pasangan ini tidak ada hati terhadap dikbang ini, dia melaporkan bahawa tidak ada gunanya pergi melawat mereka lagi. Semasa Pastor Yu melawat saya, saya tidak mengambil peduli akan dia; namun dia datang secara berterusan selama tiga atau empat bulan setiap minggu. Kita perlu mempunyai roh sebegini. Kita semua perlu mengubah konsep kita. Dengan itu, kita perlu didisipalkan. Kita mempunyai terlalu banyak pemikiran alamiah. Kita perlu didisipalkan agar mempunyai konsep divin, konsep hati Bapa dan hati Tuan Yesus, yang datang untuk menyelamatkan pendosa. 

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 11, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (229)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (231)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)