Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (219)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (218)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (220)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (219)
2020-12-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (219)

Bacaan Bible:

Yer. 25:11-12   Dan seluruh tanah ini akan menjadi terbiar dan tandus, dan bangsa-bangsa ini akan melayan Raja Babylon selama tujuh puluh tahun. Kemudian selepas genapnya tujuh puluh tahun, Aku akan menghukum Raja Babylon dan bangsa itu atas kesalahan mereka, isytihar Yehova, dan juga tanah orang Kasdim, dan Aku akan menjadikannya terbiar buat selama-lamanya.

Tuhan memberi Yeremia jaminan bahawa situasi yang memilukan bagi negaranya dan bangsanya, bait dan kota, hanya akan bertahan selama tujuh puluh tahun. Sesetengah orang yang ditawan, seperti Daniel, masih hidup lagi ketika tamatnya tempoh tujuh puluh tahun itu.…Oleh itu, Tuhan melipurkan Yeremia dengan memberi dia jaminan bahawa sebagaimana Dia membiarkan umat ditawan, begitu juga Dia akan membawa mereka kembali daripada penawanan. Tuhan akan membawa mereka kembali, bukan sebagai tawanan tetapi sebagai pahlawan yang menang gemilang. 

[Menurut Daniel 9:2-4] Daniel mendapat tahu tentang kehendak Tuhan terhadap Yerusalem daripada Kitab lalu berdoa untuk kehendak Tuhan menurut Kitab. Daniel tahu bagaimana berdoa kerana dia tahu bagaimana mendekati Tuhan, menghubungi Tuhan, menyerap Tuhan, dan membenarkan Tuhan menyatakan diri-Nya. Kemestikaan Daniel bukan berkaitan dengan kepandaian dia bernubuat, tetapi berkaitan dengan kebolehan dia berdoa. Dia dapat bernubuat kerana dia tahu bagaimana berdoa. Doanya menyentuh, menghubungi, menyerap, dan menyatakan Tuhan.

Daniel ialah rakan sekerja Tuhan di bumi. Dia mengambil berat tentang hati Tuhan dan menghubungi Tuhan. Dia hidup dalam Tuhan dan membenarkan Tuhan hidup dalamnya. Daniel ialah seorang yang bersatu dengan Tuhan. Oleh itu, apabila terdapatnya perubahan yang besar di bumi, Daniel dapat bekerja bersama dengan Tuhan, berkoordinasi dengan Tuhan, dan menjadi penyataan Tuhan. Daniel mendapat tahu daripada Sabda Tuhan bahawa bani Israel akan menjadi tandus selama tujuh puluh tahun, dan apabila genapnya tujuh puluh tahun, Tuhan akan membawa bani Israel kembali dari tanah penawanan ke tanah Israel untuk membina semula Yerusalem. Dia tahu akan hasrat Tuhan dan berdoa untuknya dengan berpuasa. Dia tahu bahawa Tuhan hendak bergerak di bumi; oleh itu, dia menjadi penyataan Tuhan untuk berkoordinasi dengan Tuhan menerusi doa. Setakat mana Daniel berdoa, setakat itulah Tuhan bekerja. Tuhan melakukan apa yang didoakan Daniel. Perkembalian bani Israel ke Yerusalem ialah pengabulan Tuhan terhadap doa Daniel. Bani Israel kembali daripada penawanan merupakan hasil daripada doa Daniel. Oleh yang demikian, doa Daniel telah bekerja bersama dengan Tuhan, membuka jalan bagi kerja Tuhan, menjadikan Tuhan bekerja, dan memimpin kerja Tuhan.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 10, Hari 3.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (218)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (220)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)