Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (215)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (214)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (216)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (215)
2020-11-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (215)

Bacaan Bible:

Yer. 51:61-62   …Apabila engkau sampai ke Babylon,…berkata, O Yehova, Engkau telah bersabda berkenaan tempat ini, untuk melenyapkannya,…kerana ia akan menjadi terbiar buat selama-lamanya.

Dalam Wahi, Empayar Rom yang dipulihkan dipanggil Babylon Besar (Wahi 14:8; 16:19; 17:5; 18:2). Babylon Besar mempunyai dua aspek — aspek politik (Wahi 18) dan aspek agamawi (Wahi 17).…Aspek politik Babylon Besar merangkumi banyak hal kebendaan dan banyak hal yang berkaitan dengan perdagangan antarabangsa dan perniagaan di atas bumi (Wahi 18:9-19).…Pada masa keakhiran, situasi politik di dunia tidak akan bersifat komunis, kerana perdagangan antarabangsa (bukan sahaja perniagaan dalam negeri) akan berkembang maju. 

Situasi dunia berada di bawah pengaruh politik Rom dan agama Rom. Kebanyakan kerajaan pada zaman sekarang menyerap undang-undang Rom dan pentadbiran Rom. Dengan kata lain, kerajaan moden dibina atas prinsip undang-undang dan kerajaan Rom. Di samping itu, gereja Roman berpengaruh di banyak negara, dan paus mempunyai kedudukan politik yang tinggi. Oleh itu, hari ini seluruh bumi dipengaruhi Rom dari segi politik dan agama.

Memandangkan seluruh dunia telah menjadi Rom, berada di bawah pengaruh kerajaan Rom dan agama Rom, nampaknya seolah-olah Tuhan telah tertewas. Akan tetapi, buku Wahi menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan kita pasti tidak akan tertewas.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 9, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (214)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (216)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)