Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (211)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (210)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (212)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (211)
2020-11-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (211)

Bacaan Bible:

Yoh. 12:31   Sekaranglah penghakiman terhadap dunia ini; sekarang pemerintah dunia ini akan diusir keluar.

Kis. 26:18   Untuk membuka mata mereka, untuk memalingkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya serta daripada kuasa Syaitan kepada Tuhan, supaya mereka dapat menerima pengampunan dosa-dosa dan warisan dalam kalangan mereka yang dikuduskan melalui kepercayaan dalam Aku.

Dunia yang ditamsilkan oleh Mesir merampas orang yang telah dicipta dan dipilih Tuhan demi tujuan-Nya (Kel. 5:6-9). Bani Israel diperabdikan oleh aspek dunia yang memberikan mata pencarian dan kenikmatan kepada mereka. Sama ada kaya atau miskin, banyak orang hari ini menjadi abdi wang. Mereka bekerja keras untuk mendapatkan sejumlah wang yang banyak, kemudian dalam masa yang singkat, mereka menghabiskan semuanya untuk memuaskan nafsu dalam keseronokan dunia. Lantaran itu, banyak orang hari ini tidak melayan Tuhan tetapi melayan mamon.…Di Mesir, [bangsa Israel kuno] mendapat rezeki yang lumayan dan mereka juga menikmati kekayaan dunia. Akan tetapi, Mesir menghalang mereka daripada menggenapkan tujuan asal Tuhan memanggil mereka.

Keluaran 1:13 berkata, “Dan dengan kekerasan orang Mesir memaksa bani Israel bekerja.”…Kekerasan menunjukkan bahawa bani Israel tidak ada kebebasan, tidak ada hak, dan tidak ada rehat. Tidak kira keadaan mereka, mereka harus memburuh seperti abdi. Mereka harus melakukan apa yang diperintahkan oleh Firaun.

Ayat 14 menyambung, “Dan orang Mesir membuat kehidupan mereka pahit dengan kerja berat, iaitu membuat lepa dan bata dan segala jenis kerja di padang; dengan kekerasan orang Mesir memaksa mereka melakukan segala kerja.” Firaun membuat kehidupan orang Israel pahit dengan kerja berat. Hari ini, di mata Tuhan, semua orang sedang bekerja di “padang”. Kamu mungkin bekerja di hospital, kilang, atau pejabat, tetapi sebenarnya kamu sedang bekerja di “padang” sambil membuat “bata” dan menurapnya dengan “lepa”.

Sebagai abdi di Mesir, bani Israel “membina kota-kota penyimpanan untuk Firaun, iaitu Pitom dan Rameses” (ay. 11). Pitom bermaksud “mulut ketulusan”, dan Rameses pula bermaksud “guruh standard”. Nama-nama ini menunjukkan bahawa kota-kota penyimpanan Firaun dibina untuk kesombongan dan peragaan yang megah, seperti piramid. Saya percaya bahawa di bawah Firaun, orang Mesir membina kota-kota penyimpanan ini untuk memegahkan ketulusan, kejujuran, dan kebaikan mereka serta menyebarkan standard budaya mereka.…Setiap bangsa dan negara bermegah dengan kebaikannya. Bukan itu sahaja, setiap negara, baik negara yang maju mahupun negara yang kurang maju, bangga akan standard pencapaiannya.

Bani Israel menikmati aspek dunia yang ditamsilkan oleh Mesir.…Oleh sebab mereka diduduki oleh kekayaan dan kenikmatan dunia, maka mereka tidak dapat menggenapkan tujuan Tuhan mencipta dan memilih mereka. Dalam prinsip yang sama, semua orang di dunia hari ini telah dirampas oleh Syaitan. Akibatnya, mereka tidak mengenali tujuan Tuhan. Alangkah bersyukurnya kita kepada Tuan kerana Dia menyelamatkan kita daripada pengabdian di dunia dan membebaskan kita daripada tangan Syaitan yang merampas itu!

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 9, Hari 2.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (210)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (212)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)