Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (190)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (189)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (191)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (190)
2020-11-04 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (190)

Bacaan Bible:

1 Yoh. 3:2   …Kita mengerti bahawa jika Dia dimanifestasikan, kita akan menjadi serupa dengan-Nya kerana kita akan melihat-Nya, bahkan sama seperti Dia itu.

Wahi 4:3   Dia yang duduk itu seperti batu yaspis dan sardius dalam penampilan…

Wahi 21:11   Mempunyai kemuliaan Tuhan. Cahayanya seperti batu yang paling berharga, seperti batu yaspis, sejernih kristal.

Dua Korintus 3:18 berkata, “Kita semua dengan muka yang tidak diselubungi, seperti cermin menatap dan memantulkan kemuliaan Tuan, sedang ditransform menjadi imej yang sama daripada kemuliaan kepada kemuliaan, sebagaimana daripada Tuan Roh.” Roma 12:2a berbicara tentang kita ditransform melalui pembaruan minda. Dia sebagai Tuhan telah melakukan banyak perkara untuk menjadikan diri-Nya dalam rupa dan bentuk manusia. Kini Dia berhasrat untuk mentransform kita menjadi imej yang sama dan mengkonform kita menjadi imej Anak Tuhan.

Apabila kita memikirkan diri kita sebagai Tuhan-manusia, pemikiran ini, kesedaran ini, akan merevolusikan kita dalam pengalaman harian kita. Contohnya, seorang dikbang mungkin tidak gembira dengan isterinya. Namun, dia teringat bahawa dia seorang Tuhan-manusia, maka dengan serta-merta sikapnya berubah. Dengan itu, dia akan berhasrat untuk menjadi seorang suami Tuhan-manusia.

Pada pandangan Tuhan, manusia sejagat ialah istilah negatif yang merujuk kepada manusia yang jatuh. Sebagai percayawan dalam Kristus dan anak-anak Tuhan, kita bukan jenis manusia — kita ialah jenis Tuhan-manusia.…Inilah butir tertinggi injil Tuhan.

Menurut injil ini, kita telah jatuh, namun Kristus mati untuk kita. Jika kita percaya kepada-Nya dan menerima-Nya, kita akan beroleh hayat abadi untuk menjadi anak-anak Tuhan. Orang Kristian hari ini mengakui bahawa semua percayawan dalam Kristus ialah para anak Tuhan atau anak-anak Tuhan, namun mereka tidak berani mengakui bahawa para percayawan dalam Kristus ialah Tuhan. Pada pengakhiran zaman ini, kita mengajar dan memberitakan kebenaran bahawa Tuhan menjadi seorang manusia untuk menjadikan manusia Tuhan yang sama dengan-Nya dalam hayat dan dalam sifat tetapi bukan dalam Ketuhanan. Mendengar kebenaran ini sememangnya suatu berkat yang besar.

Selepas mendengar bahawa Tuhan mengingini sekumpulan Tuhan-manusia, bagaimanakah kamu dapat berpuas hati dengan hal-hal lain? Apakah yang ingin kamu jadi? Adakah kamu ingin menjadi orang Cina yang tipikal atau orang Amerika yang tipikal? Adakah kamu hanya mahu menjadi seorang Kristian atau seorang percayawan dalam Kristus? Kita semua harus mengisytiharkan bahawa kita mahu menjalani kehidupan seorang Tuhan-manusia. Akhirnya, Tuhan-manusia akan menjadi pemenang, pejayeng, Zion di Yerusalem. Ini akan membawa masuk kepulihbangkitan baru yang tidak pernah dilihat dalam sejarah dan ini akan mengakhiri zaman ini. 

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 6, Hari 2. Untuk pengejaran gereja 

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (189)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (191)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)