Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (184)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (183)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (185)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (184)
2020-10-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Ef. 2:1   Dan kamu, pada asalnya mati dalam kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa.

Ef. 2:4   Tetapi Tuhan kaya dalam rahmat, kerana Dia mengasihi kita dengan kasih agung-Nya.

Ibr. 4:16   Oleh itu, marilah kita datang ke hadapan dengan berani, ke takhta kurnia supaya kita dapat menerima rahmat dan beroleh kurnia sebagai pertolongan yang tepat pada masanya.

Antara semua atribut Tuhan, rahmat ialah atribut yang berupaya mencapai paling jauh. Rahmat mencapai lebih jauh daripada kurnia. Kasih Tuhan tidak mencapai sejauh kurnia-Nya, dan kurnia-Nya tidak mencapai sejauh rahmat-Nya. Jika saya berada dalam keadaan yang baik dan kedudukan saya berpadanan dengan kamu, dan kamu memberi saya hadiah, maka itulah kurnia.…Jika saya datang kepada kamu sebagai kawan yang kamu kasihi, dan kamu memberi saya hadiah, maka itulah kurnia. Namun, jika saya ialah pengemis yang kasihan dan kotor, bahkan tidak dapat berbuat apa-apa untuk diri saya, dan kamu memberi saya hadiah, maka itulah rahmat. Ini mengilustrasikan hakikat bahawa rahmat Tuhan mencapai lebih jauh daripada kurnia-Nya.…Menurut keadaan alamiah kita, kita jauh tersingkir daripada Tuhan, dan langsung tidak layak bagi kurnia-Nya. Kita hanya sesuai untuk menerima rahmat-Nya. 

Rahmat Tuhanlah yang mencapai kita. Tidak ada sesiapapun dalam kalangan kita berada dalam keadaan yang berpadanan dengan kurnia-Nya.…Rahmat Tuhan membawa kita ke dalam kurnia-Nya. Kita sesungguhnya harus menyedari perkara ini dan menyembah Tuhan atas rahmat-Nya! Bahkan sekarang, setelah diselamatkan dan berbahagian dalam kekayaan hayat Tuhan, dalam aspek yang tertentu kita masih berada dalam keadaan yang memerlukan rahmat Tuhan mencapai kita. Inilah sebabnya Ibrani 4:16 mengatakan bahawa kita perlu menerima rahmat terlebih dahulu, kemudian barulah kita beroleh kurnia sebagai pertolongan yang tepat pada masanya. Oh, betapa kita memerlukan rahmat Tuhan! Kita harus menghargai rahmat-Nya sebagaimana kita menghargai kurnia-Nya. Rahmat Tuhanlah yang sentiasa melayakkan kita berbahagian dalam kurnia-Nya. 

Dalam Roma 9:16 Paulus mengatakan bahawa “ini tidak bergantung pada dia yang berkehendak, dan tidak bergantung pada dia yang berlari, tetapi bergantung pada Tuhan yang menunjukkan rahmat”. Konsep kita ialah dia yang berkehendak akan memperoleh apa yang hendak diperolehnya dan dia yang berlari akan memperoleh apa yang diburunya. Jika demikian halnya, maka pemilihan Tuhan adalah menurut usaha dan jerih lelah kita. Namun hakikatnya bukan begitu. Sebaliknya, pemilihan Tuhan bergantung pada Tuhan yang menunjukkan rahmat. Kita tidak perlu berkehendak mahupun berlari, kerana Tuhanlah yang menunjukkan rahmat kepada kita. Jika kita mengenali rahmat Tuhan, kita tidak akan menaruh keyakinan pada daya usaha kita. Kita juga tidak akan berasa kecewa disebabkan kegagalan kita. Bagi keadaan kita yang melarat ini, harapannya ada pada rahmat Tuhan. 

Roma 11:32 berkata, “Kerana Tuhan mengurung semua dalam keingkaran supaya Dia dapat merahmati semua.” Keingkaran manusia memberi peluang kepada rahmat Tuhan, dan rahmat Tuhan membawa penyelamatan kepada manusia. Rahmat Tuhan sungguh menakjubkan!

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 5, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (183)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (185)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)