Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (183)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (182)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (184)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (183)
2020-10-28 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Kis. 9:15   …Orang ini wadah pilihan bagi-Ku, untuk memikul nama-Ku di hadapan bangsa Asing dan raja-raja serta bani Israel.

Ef. 3:19   …Agar kamu dapat dipenuhi sehingga menjadi segala kepenuhan Tuhan.

Luk. 1:53   Yang lapar dikenyangkan-Nya dengan benda baik, dan yang kaya disuruh-Nya pergi dalam kekosongan.

Semua kemajuan rohani bermula apabila Tuhan memulakan kerja baik dalam seseorang menerusi Roh Kudus, iaitu Dia mencipta kedambaan di dalamnya.…Roh Kuduslah yang menyebabkan kita berasa bahawa keadaan terkini kita adalah salah dan bahawa kehidupan rohani kita terlalu dangkal. Langkah pertama bagi kerja Roh Kudus ialah menyebabkan kita berasa tidak puas hati dan mencipta suatu kedambaan yang ingin menjadi lebih baik.…Kemajuan rohani bermula dari sini. Dengan kata lain, semua kegagalan dan kemunduran berpunca daripada perasaan puas hati dengan diri sendiri.…Bila-bila sahaja kita berasa tidak puas hati terhadap diri kita sendiri, ini menunjukkan bahawa Roh Kudus sudah mula bekerja dalam kita dan itulah masanya kita maju ke depan.…Kemunduran bermula daripada perasaan puas hati dengan diri sendiri, manakala kemajuan bermula daripada kelaparan dan kehausan. Inilah satu hakikat, sesuatu yang benar dalam sepanjang kehidupan Kristian kita. Roh Kudus sentiasa mencipta kedambaan dalam kita terlebih dahulu, kemudian Tuhan datang memuaskan kita dan memenuhi kita. Demi melakukan kerja pemenuhan-Nya dalam kita, Tuhan perlu terlebih dahulu melaksanakan kerja pengosongan-Nya. Setelah kita menjadi kosong, barulah Tuhan dapat memenuhi kita. 

Inilah prinsip yang ditunjukkan Tuan kepada kita: Kemajuan rohani ialah kita menjadi kosong secara terus-menerus dan dipenuhi secara terus-menerus.…Jangan berfikir bahawa sekali kita menjadi kosong, kita tidak perlu menjadi kosong lagi. Kerja salib dalam kita adalah semakin hari semakin bertambah dan penggalian adalah semakin hari semakin mendalam.

Tuhan sedang menunggu kita mengosongkan diri kita. Jika terdapat pengosongan yang tidak terhingga dalam kita, maka Roh Kudus akan memberi kita pemenuhan yang tidak terhingga. Sama ada kita menerima berkat Roh Kudus atau tidak, ini terpulang pada kita, sama ada kita mempunyai wadah kosong atau tidak, sama ada kita memberi ruang kepada Roh Kudus atau tidak, dan sama ada kita memberi kedudukan kepada Roh Kudus untuk bekerja dalam kita atau tidak. 

Kita perlu berdoa dan memohon kepada Tuan agar menggali kita lebih dalam dan mencipta lebih banyak ruang dalam kita supaya Roh Kudus dapat memenuhi kita. Pemenuhan Roh Kudus bergantung pada pengosongan kita. Saya mengulang sekali lagi: Pengosongan kita haruslah berterusan. Jika kita tidak mengosongkan diri kita, maka Tuhan tidak dapat memenuhi kita. Roh Kudus sedang menunggu ruang kosong dalam kita. Semakin banyak ruang kosong yang kita berikan kepada-Nya, semakin banyak Dia memenuhi kita. Jika masih ada ruang kosong, ini bermaksud kita masih dapat dipenuhi Roh Kudus. Oleh itu, kita tidak perlu mengejar pemenuhan; apa yang perlu kita buat ialah mengosongkan diri kita. Ini kerana pemenuhan ialah tanggungjawab Roh Kudus, manakala mengosongkan diri kita ialah tanggungjawab kita. Jika kita dapat mengosongkan diri kita, kita pasti akan mempunyai pemenuhan. Kita mungkin tidak merasakan pemenuhan, tetapi hakikat pemenuhan pasti tergenap pada kita.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 5, Hari 2. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (182)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (184)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)