Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (182)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (181)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (183)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (182)
2020-10-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yer. 18:6   Tidak dapatkah Aku memperlakukan kamu, O kaum Israel, seperti yang dilakukan oleh tukang tembikar ini? isytihar Yehova. Lihatlah, sebagaimana tanah liat berada di tangan tukang tembikar, begitu juga kamu berada di tangan-Ku, O kaum Israel.

Yes. 64:8   Tetapi sekarang, Yehova, Engkaulah Bapa kami; kami tanah liat, dan Engkau Tukang Tembikar kami, dan kami semua kerja tangan-Mu.

Yehova ialah Tukang Tembikar, dan kita sebagai umat pilihan-Nya ialah tembikar di tangan-Nya...Sebagai Tukang Tembikar, Tuhan kita mempunyai hak mutlak ke atas kita…untuk melakukan apa jua yang diinginkan-Nya. Pemikiran ini bukan sahaja ditemui dalam Yeremia 18 hingga 20 tetapi juga dalam Roma 9. Saya percaya bahawa ketika Paulus menulis Roma 9 tentang kuasa ketentuan Tuhan dalam pemilihan-Nya, dia terfikir tentang beberapa bab ini dalam Yeremia. Dalam ayat 21 dia bertanya, “Tidakkah tukang tembikar mempunyai kuasa atas tanah liat untuk membuat daripada gumpal yang sama satu wadah yang terhormat dan satu lagi yang terhina?” Tuhan sebagai Tukang Tembikar sudah tentu mempunyai kuasa sedemikian...Pemilihan-Nya adalah menurut hak mutlak-Nya. Dia boleh memilih satu wadah dan menolak yang lain.

Tuhan bebas sepenuhnya untuk melakukan apa jua yang dihasratkan-Nya ke atas umat-Nya.

Walaupun perkataan maha penentu atau kuasa ketentuan tidak digunakan dalam Roma 9:20 dan 21, namun ayat-ayat ini pasti merujuk kepada kuasa ketentuan Tuhan: “Sebaliknya, O manusia, siapa kamu yang membalas balik kata Tuhan? Dapatkah sesuatu yang dibentuk itu berkata kepada dia yang membentuknya, Mengapa kamu membuat aku sedemikian? Atau tidakkah tukang tembikar mempunyai kuasa atas tanah liat untuk membuat daripada gumpal yang sama satu wadah yang terhormat dan satu lagi yang terhina?” Kita semua perlu menyedari siapanya kita. Kita ialah makhluk ciptaan Tuhan, dan Dia ialah Pencipta kita. Sebagai makhluk ciptaan-Nya, kita tidak harus menentang kehendak-Nya (ay. 19) atau membalas balik kata Dia yang merupakan Pencipta....Paulus seterusnya menunjukkan bahawa sebagai Tukang Tembikar, Tuhan mempunyai kuasa atas tanah liat untuk membuat daripada gumpal yang sama satu wadah yang terhormat dan satu lagi yang terhina. Tuhan ialah Tukang Tembikar, dan kita ialah tanah liat. Sebagai Tukang Tembikar, Tuhan adalah maha penentu. Dia mempunyai kuasa ke atas tanah liat. Jika Dia mahu, Dia boleh membuat satu wadah yang terhormat dan satu lagi yang terhina. Ini tidak bergantung pada pilihan kita — ini bergantung pada kuasa ketentuan Tuhan.

Ayat-ayat daripada Roma 9 menunjukkan bahawa dalam ketentuan-Nya, kita dicipta sebagai wadah-Nya, bekas-Nya menurut prapentakdiran-Nya.…Menjadi wadah kehormatan [bd. 2 Tim. 2:21-21] bukan hasil daripada pilihan kita, tetapi berasal daripada kuasa ketentuan Tuhan. Dia menyatakan kemuliaan-Nya dengan mencipta wadah rahmat untuk berisikan diri-Nya menurut kuasa ketentuan-Nya. Sabda ini adalah dalam. Kuasa ketentuan Tuhan ialah asas pemilihan-Nya. Pemilihan-Nya bergantung pada kuasa ketentuan-Nya.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 5, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (181)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (183)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)