Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (181)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (180)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (182)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (181)
2020-10-26 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Ef. 6:17-18 …Terimalah…pedang Roh itu, Roh itu ialah sabda Tuhan, melalui segala doa dan permohonan, berdoa pada setiap masa dalam roh dan berjaga-jaga tentang hal ini dengan segala keteguhan yang berterusan, dan memohon untuk semua pekudus.

Jika kita tidak makan sabda-Nya setiap hari, kita tidak mungkin berhidupkan Kristus. Saya sihat dari segi rohani kerana setiap hari saya makan, menghadam, dan mengasimilasikan Sabda serta dikhasiatinya.

Tuhan telah menjadikan Kristus hayat dan segala-gala kita, dan Dia telah mentakdirkan kita untuk berhidupkan Kristus. Jika kita berhidupkan Kristus, kita akan menjadi orang yang paling berberkat di bumi. Kita akan mempunyai kegirangan, kepuasan dan segala berkat. Seperti yang telah kita tunjukkan, cara berhidupkan Kristus ialah menerima sabda-Nya ke dalam kita dan dipenuhinya. 

Untuk menerima Sabda ke dalam diri kita, kita tidak harus sekadar membaca Sabda, tetapi harus membaurkan pembacaan kita dengan doa, nyanyian, mazmur, dan seruan nama Tuan. Bila-bila sahaja saya membuka Sabda Tuhan, sama ada untuk kerja atau untuk pengkhasiatan saya sendiri, saya terbenam ke dalam suasana dan aspirasi doa. Sering kali, saya menggunakan ayat yang telah saya baca untuk berbual dengan Tuan. Dengan demikian, saya diinfusi dan dikhasiati, dipenuhi dalam roh dengan Sabda hidup yang sebenarnya merupakan Kristus sendiri sebagai Roh itu.

Seseorang mungkin terdengar mesej tentang berhidupkan Kristus dan kemudiannya berdoa, “Tuan, aku ingin berhidupkan-Mu. Aku bertekad untuk berhidupkan Kristus mulai sekarang. Bantulah aku berbuat demikian.” Bagaimanapun doa sebegini tidak berkesan. Hal ini boleh dibandingkan dengan meminta Tuan menjadikan kamu sihat sedangkan kamu tidak makan dengan betul.…Begitu juga, jika kita tidak dikhasiati dengan Sabda, namun kita bertekad untuk berhidupkan Kristus, itu memang tidak berkesan. Hanya dengan makan Sabda barulah kita dapat berhidupkan Kristus.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 4, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (180)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (182)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)