Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (180)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (179)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (181)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (180)
2020-10-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Ef. 3:16-17   …Diperkuat dengan kudrat menerusi Roh-Nya ke da­lam manusia dalaman, agar Kristus dapat berumah dalam hatimu menerusi iktikad…

Kol. 3:15-16   Biarlah damai sejahtera Kristus menimbang tara dalam hatimu,… Hendaklah sabda Kristus huni dalam kamu dengan kayanya dalam segala kearifan, mengajar dan menegur satu sama lain dengan mazmur dan kidung serta nyanyian rohani, bernyanyi dengan kurnia dalam hatimu kepada Tuhan.

Dalam Kolose 3:16 Paulus mengarahkan kita agar membiarkan sabda Kristus huni dalam kita dengan kayanya,…berumah dalam kita.

Jika sesuatu tempat telah menjadi rumah kita, kita pasti mempunyai kebebasan untuk membuat pengaturan yang sepatutnya. Jika kita hendak menyimpan barang tertentu, kita boleh berbuat demikian. Namun, jika kita hendak membuang barang yang lain, kita juga bebas berbuat demikian. Jika kita tidak mempunyai kebebasan sedemikian, maka kita tidak dapat menjadikan tempat itu rumah kita. Demikian juga, jika sabda Kristus hendak berumah dalam kita, kita harus memberinya kelepasan, kebebasan, dan hak yang sepenuhnya. Kita perlu berdoa, “Tuan, aku mempersembahkan seluruh diriku kepada-Mu dan sabda-Mu. Aku memberi-Mu laluan ke setiap bahagian diri dalamanku. Tuan, jadikanlah diri dalamanku rumah untuk diri-Mu dan sabda-Mu.” 

Kita semua harus mengaku bahawa kebanyakan masanya sabda Tuan telah datang kepada kita, tetapi kita tidak memberinya ruang yang secukupnya dalam kita. Sebaliknya, kita mengehadkan sabda Tuhan dan membatasinya. Kadangkala, kita memang menerima sabda Tuhan, tetapi kita tidak memberinya kebebasan untuk berumah dalam kita. Biar saya tanya kamu, dalam pengalaman kamu, sabda Kristus menjadi yang pertama atau kamu yang menjadi pertama? Saya tidak percaya bahawa ada sesiapa yang dapat mengatakan bahawa dia sentiasa memberi tempat pertama kepada sabda Tuhan. Kadangkala, kita mungkin memberi tempat pertama kepada sabda Kristus, dan membenarkan sabda Kristus menjadi yang pertama. Namun begitu, lebih banyak masa kita sendirilah yang menjadi yang pertama. Secara diam-diam, kita mengekalkan tempat pertama untuk diri. Secara luaran, kita mungkin bertindak seolah-olah tempat pertama disimpan untuk sabda Tuhan. Akan tetapi, secara diam-diam tempat pertama adalah untuk kita.

Kita memerlukan damai sejahtera Kristus yang menimbang tara itu memelihara kita dalam kesatuan agar Tuan dapat berbicara kepada kita. Kemudian, kita perlu memberi tempat pertama kepada sabda Tuhan. Jika kita berbuat demikian, kita akan mengalami fungsi sabda Tuhan, iaitu mencahayai, mengkhasiati, menghilangkan kedahagaan, memperkuat, membasuh, membina, menyempurnakan, dan mendidik-bina kita. Betapa besarnya manfaat yang kita terima daripada sabda Tuhan!

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 4, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (179)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (181)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)